tapi masalahnya hujan. sangat lebat. ganggu konsentrasi aku. nasib baik hujan separuh jalan saja. perjalanan yang paling jauh pada aku selama memegang stereng. pandu cermat kerana emak ada disebelah menjadi pengarah. tak boleh lebih 110/kmj. nanti kena saman kononnya.
kadangkala gelojoh memecut dan memotong sampai ke 130/kmj. kadangkala takut sebab rasa kereta melayang. kereta kecik dan ringan memang lah. kata bro no. 2, aku tak konsisten. tak kisah. yang penting emosi aku sangat stabil ketika itu.
sedikit riak kerana si penakut ini berjaya memandu dari Seberang Jaya, Pulau Pinang – Alor Gajah, Melaka hanya memakan masa 6 jam. seorang diri tanpa bertukar pemandu. macam mana nak tukar kalau setiap kali pandang cermin belakang orang yg sepatutnya jadi pengganti sedang lena diulit mimpi dan tidur berdengkuran? tak sampai hati pun.
sebelum menulis tentang ini, bro no.4 membuat taruhan bahawasanya aku akan menulis tentang keriakan ini dalam blog. ya, kamu pandai. sebenarnya aku bernasib baik kerana lebuhraya PLUS ke arah selatan boleh dikatakan lengang. tak hairan sangat. berhenti lah riak.
ok lupa nak beritahu, ini cerita sehari sebelum raya.
sampai kampung sanak saudara sedang sibuk membuat persiapan terakhir raya. mengemas rumah. cantik kampung aku tahun ni. semuanya nampak baru. hasil titik peluh orang kaya baru bernama watie. oh, rupanya sudah 4 tahun tidak menyambut Aidilfiitri di sana.
kali ini kesana diatas permintaan nenek(awo) yang sangat teringin beraya bersama anak sulungnya. iaitu emak aku. emak pun sama rindu sangat dengan awo. aku pun lah. kalau tak, masakan aku sanggup merajuk dan bermuka ketat sesama adik beradik ku sendiri? sudah.
paling seronok, kampung aku tak pernah terkecuali membakar lemang setiap kali raya. aku sangat suka makan lemang. awo dan angah masak rendang. ada tiga jenis. rendang ayam, daging dan itik. tiga kuali besar? ya keluarga aku memang ramai. aku berbuka puasa awal kerana musafir katanya. tangan, kaki dan otak letih bekerja. ampun.
aku balun makan lemang bersama rendang itik. cuma jangan sebut itu adalah lauk itik. cakap saja itu ayam. maka licin lah pinggan aku. makan bertambah-tambah. oh nikmatnya rendang itik itu. hurm?
malam raya ikut para sepupu keluar. kata mereka nak bershopping raya last kopek. pukul 10 malam baru keluar rumah. keliling satu Melaka. berhimpit-himpit para gemuk dan para kurus dalam kereta. mata aku sekejap lelap sekejap celik. letih mungkin. tapi kesudahannya sampai kerumah jua tanpa sebarang hasil. bagus betul aktiviti malam raya kita kan?
bro no.1 dan keluarga sudah sampai dari Seri Ehsan sambil tersengih-sengih. percuma saja dapat kutukan dan makian manja aku siang harinya. lain kali jangan buat lawak dengan adik bongsu kamu kononnya tak dapat cuti raya. tapi aku dari awal dah dapat agak. dia harus fikirkan juga duit raya untuk anak-anaknya. rugi besar lah kan kalau tak balik kan? maksud aku, bukan sebab aku yang nak kasi duit raya, tapi emak dan bapa saudara/sepupu kepada anak-anak saudara aku yang ramai-ramai tu sudah siapkan duit raya ke dalam sampul.
kenapa tiba-tiba aku terasa ramai anak saudara tahun ni? perkara pertama yang harus dilakukan pagi raya ialah halimunan kan diri dari budak-budak.