‘best’ dalam pemahaman aku ialah sedap. makanan yang enak dan sedap. (beza ke?) disamping tempat yg best. pada pemahaman aku mestilah suasana tempat makan tu sedap dipandang. selesa dan tenang. oh, aku suka kalau tempat makan tu ada muzik. menikmati makan sambil ditemani muzik jazz. wah? sebenarnya aku suka live band.
masa ramadan yang lepas aku sempat merasa berbuka puasa kat hotel. dah kata company tanggung. lagi mahu tunggu? macam biasa, kalau hotel tu semestinya buffet. sebenarnya aku tak terliur pun bila dengar nak pergi makan kat sana. sebab aku tahu nama saja hotel. tapi kau ingat makanan nya best sangat ke? memang betul lah sangkaaan aku. aku rasa kalau aku pergi berbuka kat gerai tepi laut macam kat pantai seagate tu lagi sedap dan nyaman dapat menikmati angin-angin sepoi bahasa laut tu. plus jimat!
aku berkira? kedekut? bukan. err tak lah sangat. kalau aku tengah ‘berduit’ aku takkan berkira bab makan. bagi aku, rugi kalau orang terlalu berkira tentang makan ni. ada orang sanggup ikat perut semata-mata nak guna duit makan tu untuk puaskan nafsu beli benda-benda lain. ada jugak yang sanggup diet, sanggup terliur sebab nak badan kurus? aku rasa memang tak patut. rugi lah.
orang-orang tua selalu pesan, kalau rasa teringin nak makan sesuatu, cuba lah dapatkan. makan jangan tak makan. jangan sampai kempunan. ada maksud tersirat kat situ. paham-paham kan lah. ok, kalau masa poket aku kering haruslah aku mengadap nasik lemak 60 sen hari-hari kat belakang opis tu. bawak bekal dari rumah tu memang wajib. eh masa bila pulak aku nak berduit ni?
ok. ok. ok. ini aku cerita bila aku berduit.
biasanya bab makan aku memang cerewet sikit. betul, sikit je cerewet nya. aku pasti korang pun macam tu jugak. aku nak tempat makan tu biarlah berbaloi. (makanan, tempat dan harga) kalau tak sedap pun, biasanya makanan tu tetap aku habiskan. aku tak buang. aku takkan bazirkan. kecuali lah kalau aku jumpa ulat dalam pinggan aku. kau jangan suruh aku telan pulak. aku peduli apa kalau ulat tu manis sekali pun?
enaff!
kembali ke pangkal jalan.
yang sebenarnya aku ada hal lain yang lebih penting. berkaitan. sila baca tajuk entri. ok itu yang aku nak tanya. ada sesiapa yang tahu tempat makan yg best kat Ipoh? yang biasa jalan-jalan cari makan kat sana? kalau boleh nak tempat tu agak-agak esklusif sikit. oh, ini company trip jugak. tak semestinya tempat tu hotel. tapi kalau ada yang ok sila rekemenkan kat aku.
aku nak untuk lunch. buffet atau hidang memana pun tak kisah. tema makanan tempatan atau barat. tapi perut orang melayu tetap nak cari nasi waktu lunch ye tak? harga mesti berpatutan. memandangkan trip akan datang mungkin akan ke Lost World Tambun. so, kami nak cari tempat makan yg on the way terus ke sana. maknanya area Ipoh saja lah kan?
harap-harap sesiapa yang tahu tu kasi nama tempat makan tu dengan no telefon supaya senang aku nak survey lebih mendalam. ok, aku dipaksa organize trip ni. aku pun terpaksa sukarela lah kan. amal jariah katanya. hins hins hins
apa-apa je lah kan. macam aku cakap awal tadi lah ye, aku pentingkan tempat makan yang boleh memuaskan hati dan perut orang-orang semua ni. aku nak depa makan sedap sampai sengkak perut. sampai nak pegi mandi kat lost world pun tak berdaya. kau bayangkan lah nak lunch kenyang-kenyang dulu lepas tu baru pergi berendam kat air tu? depa memang nak buncitkan perut. tak apa lah. itu seksi.
ok lah, jangan lupa untuk syorkan tempat makan best kat aku ok. as soon as possible. sebarang pendapat, cadangan, persoalan, jawapan atau kemusykilan sila mesej kat ym (lindosh) atau email lindosh@gmail.com
kerjasama tuan/puan amat dihargai.