lama dan baru. aku tetap cinta dengan hijau
sedia maklum. aku memang penggemar hijau. aku suka tengok benda berwarna hijau. rasa tenang. rasa nyaman. tapi tak bermakna semua kepunyaan aku wajib hijau. tak lah. aku ni warna warni orangnya. semua warna aku boleh cinta.
dulu aku pernah pakai purse warna hijau. sekarang dia dah rosak. aku pakai dalam 2 tahun jugak. beli kat tepi jalan. yang jual lambak-lambak tu. 10 hengget saja kot. aku suka warna hijau dia.
tapi, aku jarang bawak purse tu pergi jalan-jalan. sebab aku tak suka saiz dia. pada aku macam gedabak. aku lebih suka bawak purse kecik yang hanya boleh letak i/c dan kad-kad penting saja. senang sumbat dalam poket seluar jeans. aku kan malas nak pegang-pegang atau bawak handbag. rasa macam bukan aku nak ayu-ayu macam kayu.
kalau pergi jalan-jalan aku taruk saja purse kecik tu dalam sling bag. oh aku memang penggemar sling bag yang kecik comel. dari dulu. bila pakainya, aku rasa bebas dan sangat berkeyakinan. sebab bahu aku takkan rasa senget sebelah. tegak lurus. walaupun kepala aku selalu di senget.
makin lama makin besar kan? oh tiba-tiba aku rasa aku makin dewasa. selama ni macam tak sedar pulak. asyik rasa diri macam kekanak ribena. dan tiba-tiba aku rasa kena bawak handbag. kena beli purse baru yang lebih comel atau bahasa geli nya ialah ayu-ayu.
baru-baru ni sempena hari jadi aku yang ke 17 (baca: aku masih remaja) kawan yang sangat memahami aku (luar dan dalam?) telah hadiahkan aku purse baru warna hijau. dia nak sangat tahu wishlist aku, aku bagitahu lah. aku dah cakap jangan tanya. tapi kau degil. purse ni salah satu darinya. (wishlist aku ada lebih 50 benda) sebab aku selalu fikir, kalau nak tunggu aku beli sendiri entah tahun bila lah aku nak beli. makanya dia termasuk dalam wishlist. tapi tak wish pun nak beli sendiri. apakah?
terima kasih daun keladi pada Puan Suehani. tiap-tiap tahun mesti nak kasi hadiah kat aku masa hari jadi. tapi aku tak kasi apa pun kat kau kan? aku memang teruk. maaf. kesian kerana menjadi kawan aku. yang penting aku tak lupa kau. aku ingat kau sampai bila-bila. sumpah!
dengar cerita banyak halangan yang terpaksa dia tempuh hanya kerana nak dapatkan purse hijau tu. tapi beb, kau tetap salah sebab blok kereta orang. aku tak suruh pun. aku terharu sebenarnya dengan dia tu. sebab dia tak suka hijau. asyik nak muntah saja. nak kata mengandung tak pun. tapi sebab aku kan. aku terharu ni beb. dia asyik tanya aku. suka ke tak dengan purse baru tu. boleh dia tanya purse tu macam “makcik-makcik” ke? risau sangat.
aku suka lah purse tu. aku memang nak yang berbeza dari yang sebelum ni. walau pon ia lebih gedabak dari purse lama aku tu. tapi ada jugak rasa feminin sikit bila pegang purse baru kau kasi tu. sekarang ni aku selalu bawak kemana-mana. bila tengok isi kulit badannya aku gerenti purse ni boleh tahan sampai bertahun lamanya.
soalan yang selalu bermain kat kepala otak ni ialah..
tak salah kan kalau aku pakai baju warna merah sambil bawak purse hijau tu? tak salah kan?

October 22, 2008 at 11:02 pm
x salah pon yunkk…sumerr skg open minded…jnji bgaya okeh!!! kelasss gtu…
October 22, 2008 at 11:16 pm
cute purse
October 23, 2008 at 1:43 am
sy pown tersngt la obses ngn ijau!!
ngeee~~
October 23, 2008 at 3:01 am
kalau aku pakai semua hijau kau nak beli kau tak?
haha
October 23, 2008 at 7:07 am
LoL.. tak salah… purse tu masuk beg jugak kam?
October 23, 2008 at 8:50 am
ah boleh jek ..!
October 23, 2008 at 8:52 am
~ lor, tak salah pun. skang kan trend org pakai warna2 contras nih. baju nak merah, seluar nak hijau. kan dah balik to 80’s punya style…. ~
October 23, 2008 at 8:56 am
Warna ijau? Kalau baju akak okay je…suka…tapi kalau mcam beg atau purse akak lebih suka putih, beige, cream atau hitam…senang matching kot…sebab akak ni tak banyak bandbag…tu aje yang disandang walau dengan baju apa sekali pun…
Tapi kalau nak pakai purse hijau…baju merah…tak salah pun…itu namanya lain dari yang lain…daring…
October 23, 2008 at 9:57 am
hijau merah matching per. xde masalah pon hehehe
October 23, 2008 at 10:43 am
baju merah, purse ijo?
alaaa..anggap je orang keliling awk taim tu suma buta warna..hehehe
October 23, 2008 at 11:22 am
aku dah test dah muat je dlm sling bag ko..tak dabak pong.
panjang gik purse ijau shocking ko ituhh la la la
tak salah sudahhh bwek bwekkk
tak ske tak ske tak skeeeee hihihi
ko pon letak kete kat patOKU lagi twok
la la la
October 23, 2008 at 11:23 am
p/s: saje ku belikan yg femininggg sbb ko pon dah mekap2 skg la la la
October 23, 2008 at 12:04 pm
samalah dgn kak erin, sukakan warna hijau, klu brg tu nmpk lusuh masih sayang gi.
October 23, 2008 at 2:03 pm
ahaa..gamble jer
October 23, 2008 at 2:27 pm
aku pong giler HIJAU tau.. nti ko kawen aku hadiah mende2 kaler ijo ek?
October 23, 2008 at 5:08 pm
tak salah. pastu pakai kasut purple. dengan scarf kaler kuning. mengancam weyh.
October 23, 2008 at 7:58 pm
ehh..tak salah la..kalo pakai baju hijau fluorecsent lagi cun!
October 23, 2008 at 9:09 pm
kite plak byk baju kurung kaler ijau. walaupun ijau bukan laa peberet kaler kite. huhuk pelik kengkdg
October 24, 2008 at 3:20 am
haha yg sebenonye hijau mmg best bila matching ngan kaler lain haha
October 24, 2008 at 3:21 am
suehaniii:- aku tak mekap laa yangg! tak reti ok! boh bedak je kot?
aku kena amik kelas mekap lah pasni.
November 10, 2008 at 2:59 pm
ape beza lindosh ngan ironixz ?
March 6, 2009 at 10:19 am
Pakaian kaler ape pon kalo muke da memang sweet org tak pedulik. Kalo org pertikai, cakap je “akulah trendsetter.” ….lalalala…