nama diperkotak katikkan oleh mereka

aku ada gelaran. semuanya bersangkutan dengan nama hujung aku iaitu Linda. aku tak boleh marah apa yang orang keliling nak panggil. apa-apa saja lah. aku tahu kamu semua selalu terpengaruh dengan anasir-anasir kurang senonoh dalam televisyen/filem tu. aku tak boleh marah pun. kadang-kadang aku rasa macam glamour. pergh.

masa sekolah rendah kawan-kawan selalu panggil aku sambil menyanyi “Linda Lam, tak pakai seluar dalam, mandi dalam kolam, kena cubit ketam, menangis siang malam” pernah dengar lagu itu dulu? orang pun selalu sangka aku tak pakai seluar dalam ke sekolah. rasa macam nak selak je pinafore tunjuk kat mereka apa yang ada kat dalam tu.

naik sekolah menengah tak ada apa sangat. masing-masing dah remaja. dah besar katanya. mana ada lagi bab ejek-ejek ni. cuma kadang-kadang teman rapat suka panggil aku Linda Evangalista. kau kenal siapa itu? dia adalah supermodel. aku kan ala-ala berangan nak jadi model dulu. tak padan dengan kurus, pendek dan hitam. tak cantik pula tu. ada hati nak jadi model. model ubat jerawat boleh lah. so lupakan angan mat jenin tu.

kat kolej pulak dulu tengah hot cerita KL Menjerit. jadi tak hairan lah nama Linda Martopo memang lekat kat aku. kemana-mana saja orang panggil nama itu. sakit juga hati. sebab watak Linda Martopo tu macam tak besh kot. apa kau ingat semua nama Linda ni jahat ke? ada lah sikit. tapi tak banyak. jujur ni. kalau tak percaya mari dekati aku.

kemudian masuk level perkerjaan. baru-baru ni ada staff baru masuk. dia mungkin jenis suka berlawak. mungkin niat nak beramah mesra. cakap pun kadang-kadang main lepas. aku tak kisah. kau tahu apa dia menyanyi kan kat aku? “Oh Linda, janda muda..bla bla bla” janda muda ok. aku kahwin pun belum kau dah panggil aku janda. sentap juga mula-mula. memang kena jerit lah mamat tu. lepas tu aku malas nak layan.

kaum kerabat keluarga pun ada kasi nama khas untuk aku. tapi dah tak ada bersangkut dengan Linda. mereka panggil aku Konda. ‘da’ je yang sama. kenapa konda ya? sebab dulu tengok filem Anaconda. jadi Lindaconda. tak pasal pasal nama aku diconda kan. menakutkan betul. korang ingat aku ular ke? tidur macam ular ye lah kot. dasar pemalas katanya. sampai sekarang nama tu lekat.

ok, dah tamat.

tapi ramai yang nak tahu mana asal usul nama Lindosh. aku cipta sendiri kot. sebab dulu-dulu, 10 tahun lepas punya cerita lah ni. aku nak register email semua asyik error. id tak available. semua ada orang punya. aku bengang lah kan. rasa macam nak hantuk-hantuk je kepala. hantuk kat tilam sudahlah. empuk sikit. letih aku tambah-tambah huruf, adjust sana adjust sini, corner kiri corner kanan sampai aku tertaip nama lindosh. tetiba available. bunyi macam ngarut tapi aku suka. so suka hati aku lah namakan diri sendiri. alam maya je kot kan?

korang boleh panggil aku apa saja lah yang korang suka. aku tak ada hal. cuma jangan sampai keluar asap bergas dari segala lubang hidung, telinga secara kepul-kepulan macam seorang perokok yang cuba membentuk asapnya bulat-bulat tu. comel je kan? lebih kurang macam tu lah. aku ni kan seorang yang pendiam. tapi kalau dah sampai tahap berasap hangin satu badan, mulut aku boleh jadi laser. boleh tahan jugak lah. boleh lah kalau nak rasa sentap dengan aku selama 8 tahun. makanya untuk mengelakkan berlaku kejadian yang tak diingini, jaga lah hati aku. tak banyak, sikit pun tak apa.

soalan hati: kau ingat kau bidadari ke semua orang kena jaga hati kau?
jawapan hati: terpulang. aku tak kisah. cuma baca perenggan akhir kat atas :)

30 Responses to “nama diperkotak katikkan oleh mereka”

  1. weed and bandages Says:

    rilek la. kadang2 kita memang ingat orang dulu-dulu.

    layan ja lah moment tu!

    :)

  2. Jard The Great Says:

    hehehe.. aku dulu mase matriks kena panggil gerard.. skang ku bg name utk diri sendiri sbg Jard.. elok la tu kam?

  3. nama akak cam nama lelaki. Sungguh tak best. Dah la ejaan pun tak lawa. Selalu gak disebut oleh kenkawan yg bunyi nya tak best. Tension sungguh.
    Tapi, dah tua ni, malas nak layan. Dah termakhtub nama akak tak best. Nak wat cemana. Huhu

  4. teringat plak aku dulu2 org panggil tomkrus…

    tapi martopo tu mmg mantap la beb heheh

  5. nina mmg punya byk masalah dgn org yg nama linda nie.. huhuhu.. tp, ada 2 org linda yg ok.. linda mmbr kt UKM n u..^_^

  6. haha, ada modal nak wat entri baru ni

  7. aku lagi la.. b*lkh*s jadi bala.. sampai skang member2 asrama masih panggil bala.. hahaha.. ;p

  8. takde yg pangge ko rosalinda ayamor ke?

  9. Hana-Ni-Mo-Nai2 Says:

    ekekkek
    mcm2 gelaran
    standard la tu lind
    menda camtu wat kita gelak nnt

    menjaga hati?
    penting tuh
    tp jgn sampe hati sendiri terguris

    sadiss ooo

  10. eddie dewanaga Says:

    gua penah kawan dgn sorang Linda jugak dulu, dia keja CIA, Oops.. bkn agensi perisikan tu, hehehe…
    tapi Changi International Airport,

    org nama Linda ni semua cute2 kan..!
    Linda gua ni cantik macam pelakon HongKong… sepet je mata dia, gua panggil dia B (baby.. ahaks!)
    dan dia panggil gua, awak…

    huh, time bercinta…
    bila dah clash ni, bila B jumpa awak, jadik BIAWAK la pulakk..!!

  11. lily lotus Says:

    nama2 gitu2 lah wat member2 senang nak recall

  12. arianna adrizal Says:

    kalo tgk drama selalu nadia jd org jahat. okla tu. senang nk buktikan kat dunia ni yg aku sorg je nadia yg baik. muahahhahaha~

    dosh, minat nk gi intvw tak?? 8/11 ni. gi la teraiiiii =p

  13. CuTeMiUt78 Says:

    nama2 tu semua meninggalkan kenangan kan.. tapi ok ler tu… sekurang2nya orang kenal.. glamor tu…

  14. shafarina Says:

    dah 10 tahun usia lindosh yek

  15. Ungku Nor Says:

    hah!
    part yang ‘janda muda’ tu bohong la kalo tade yang sentap.

    antara calon molot yang patut disagat dengan pemarut kelapa okeh!!

  16. ko tak pakei suar dalam? ekekek…

  17. ~ mizzAmy ~ Says:

    ~ uishh, yang ngejek ‘janda muda’ tuh memang leh wat jiwa meroyan la kan. ader pulak duk ejek camtuh. even ejekan pun leh jadik doa tau. ~

  18. heheheeee…. kita serupa… memacam nama org kasik…. anggap jer diorg jeles nama kita ni universal… setiap bangsa akan ada nama nie….
    tang ‘janda muda’ tu.. cilikan ajer… ada ker doa org camtu.. sungguh x tau adab susila dalam hubungan sesama manusia..
    salam kenal!

  19. padelkopak Says:

    pada hemat gua, nama linda ni sedap disebut dan didengar apa??

    so lu jgn la pikir yg bukan-bukan…

  20. kawaii_desu Says:

    naa linda tu sedap

    nama elok2 makbapak bagi sedap j tukaq. org kalau blh nak kasi pendek,. nama dah cukup pendek nak bagi panjang.

    dalamislam kita wajib bagi nama yg mempunyai makna yg baik2… nama yg baik tu doa sepanjang hayat. ini bag geolaran yg bukan2 mmg la nak kena laser selama 8 keturunan…

    i know what u feel.
    nama kita nama arab, pastu sedap2 panggil ashburn sebab my father abu bakar. sana sini ashburn, that’s my father’s name and u’re calling it so casually. pastu nama kita elok2 panggil la farah ni lagi nak modify, tinggal takde makna.

    ifeel u… i mmg geram. biasanya yg suka bagi gelaran kat org ni mmg pandai, diri sendiri tak de pulak gelaran…

    srrylah teremo… sebab paham perasaan tu. kita pun nak sampai takat didih ni, bila sampai 7 keturunan la aku mencarut nanti

    hehe

  21. :: Cikgu Wiween :: Says:

    Linda janda muda?? kuang asem itu olang. kasik penendang kuda lumba sama beliau! huhu

    nama lindosh nih mmg comei cik dosh! ai laik! ;)

  22. akak panggil linda @ J.lo, oklah tu cepat yg mana2 rasa suka.

  23. .::WaNiE::. Says:

    oo tak sangka pulak nama linda pun leh org nak ejek2 gitu yek

    apa2 jek dorg ni..cube ejek balik tau ko sentap tiga tahun huhuhu

  24. aku suka Linda Evangelista!!

    she’s damn hot!!!

    Rilek la Dosh,ada apa dengan nama kan??

    yang penting hati baik dan tak menyusahkan orang kan kan kan??

    aku suka panggil ko Dosh!!hehe

  25. dottttttttttttt

  26. RaFFLeSiA MeRaH Says:

    tetap nak panggil lindosh gakkkk….

  27. hehehe oke la tu…glamorous and divalicious…linda evangelista pon ado…

  28. Aku juga amat memahami kerna aku juga Linda….

  29. LINDOT x masuk dlm citer pun.. kekekeke

  30. ha’a lah.. banyak rupanya nama gelaran aku lagik. sampai terlupa. ciskek betul

Leave a Reply