tempat makan best kat Ipoh. korang tahu?

‘best’ dalam pemahaman aku ialah sedap. makanan yang enak dan sedap. (beza ke?) disamping tempat yg best. pada pemahaman aku mestilah suasana tempat makan tu sedap dipandang. selesa dan tenang. oh, aku suka kalau tempat makan tu ada muzik. menikmati makan sambil ditemani muzik jazz. wah? sebenarnya aku suka live band.

masa ramadan yang lepas aku sempat merasa berbuka puasa kat hotel. dah kata company tanggung. lagi mahu tunggu? macam biasa, kalau hotel tu semestinya buffet. sebenarnya aku tak terliur pun bila dengar nak pergi makan kat sana. sebab aku tahu nama saja hotel. tapi kau ingat makanan nya best sangat ke? memang betul lah sangkaaan aku. aku rasa kalau aku pergi berbuka kat gerai tepi laut macam kat pantai seagate tu lagi sedap dan nyaman dapat menikmati angin-angin sepoi bahasa laut tu. plus jimat!

aku berkira? kedekut? bukan. err tak lah sangat. kalau aku tengah ‘berduit’ aku takkan berkira bab makan. bagi aku, rugi kalau orang terlalu berkira tentang makan ni. ada orang sanggup ikat perut semata-mata nak guna duit makan tu untuk puaskan nafsu beli benda-benda lain. ada jugak yang sanggup diet, sanggup terliur sebab nak badan kurus? aku rasa memang tak patut. rugi lah.

orang-orang tua selalu pesan, kalau rasa teringin nak makan sesuatu, cuba lah dapatkan. makan jangan tak makan. jangan sampai kempunan. ada maksud tersirat kat situ. paham-paham kan lah. ok, kalau masa poket aku kering haruslah aku mengadap nasik lemak 60 sen hari-hari kat belakang opis tu. bawak bekal dari rumah tu memang wajib. eh masa bila pulak aku nak berduit ni?

ok. ok. ok. ini aku cerita bila aku berduit.

biasanya bab makan aku memang cerewet sikit. betul, sikit je cerewet nya. aku pasti korang pun macam tu jugak. aku nak tempat makan tu biarlah berbaloi. (makanan, tempat dan harga) kalau tak sedap pun, biasanya makanan tu tetap aku habiskan. aku tak buang. aku takkan bazirkan. kecuali lah kalau aku jumpa ulat dalam pinggan aku. kau jangan suruh aku telan pulak. aku peduli apa kalau ulat tu manis sekali pun?

enaff!

kembali ke pangkal jalan.

yang sebenarnya aku ada hal lain yang lebih penting. berkaitan. sila baca tajuk entri. ok itu yang aku nak tanya. ada sesiapa yang tahu tempat makan yg best kat Ipoh? yang biasa jalan-jalan cari makan kat sana? kalau boleh nak tempat tu agak-agak esklusif sikit. oh, ini company trip jugak. tak semestinya tempat tu hotel. tapi kalau ada yang ok sila rekemenkan kat aku.

aku nak untuk lunch. buffet atau hidang memana pun tak kisah. tema makanan tempatan atau barat. tapi perut orang melayu tetap nak cari nasi waktu lunch ye tak? harga mesti berpatutan. memandangkan trip akan datang mungkin akan ke Lost World Tambun. so, kami nak cari tempat makan yg on the way terus ke sana. maknanya area Ipoh saja lah kan?

harap-harap sesiapa yang tahu tu kasi nama tempat makan tu dengan no telefon supaya senang aku nak survey lebih mendalam. ok, aku dipaksa organize trip ni. aku pun terpaksa sukarela lah kan. amal jariah katanya. hins hins hins

apa-apa je lah kan. macam aku cakap awal tadi lah ye, aku pentingkan tempat makan yang boleh memuaskan hati dan perut orang-orang semua ni. aku nak depa makan sedap sampai sengkak perut. sampai nak pegi mandi kat lost world pun tak berdaya. kau bayangkan lah nak lunch kenyang-kenyang dulu lepas tu baru pergi berendam kat air tu? depa memang nak buncitkan perut. tak apa lah. itu seksi.

ok lah, jangan lupa untuk syorkan tempat makan best kat aku ok. as soon as possible. sebarang pendapat, cadangan, persoalan, jawapan atau kemusykilan sila mesej kat ym (lindosh) atau email lindosh@gmail.com

kerjasama tuan/puan amat dihargai.

31 Responses to “tempat makan best kat Ipoh. korang tahu?”

  1. aku nk bgtau…MEE REBUS RAMLI…
    tp x xclusive pon…tuh jer yg aku tau kt ipoh nun…yg lain…KFC?

  2. puterikurekure Says:

    alamak kembo…
    tak dapat tolong la kali ni.
    kite betul2 tak tau kat ipoh tu mana makan best.
    tapi kalau kat penang tu, kite tau la..

    ;)
    (ampun…jangan babap kitee!!!)

  3. tempat makan best kat ipoh??

    awat hang tak google jer..eden nak nolong pun tak dapek sebab tak berkampung halaman kat sana..

    cuba try kol kawan eden ni,dia orang ipoh:012-3456789

    nama dia maskor jubari..

    Selamat mencuba!!

    :)

  4. Mr PenyuBiru Says:

    aku cadangkan KFC atau McD kat Ipoh. hehe..

  5. ~ mizzAmy ~ Says:

    ~ ipoh? tak tahu la. kalau KL nih leh la suggest. hehehe… ~

  6. Twinney nak gi Ipoh ke?

    dekat dgn stadium indera mulia tu, ada restoren nama tasik raban. kita makan kat situ, lunch, mmg sedaplah. ikan bakar sedap, lauk banyak, harga ehem mcm kl jek.

    kalau nak makan kat tescso ke jj ke parade ke, tak surelah rasanya berkenan ke tak. menu2 mmg lah hebat tapi rasa mcm biasa jek.

    dekat2 situ gak ada food court, tapi tak pernah cuba. tak taulah sedap ke tak.

    oh, malam2 yg ada gerai2 dekat sebelah hotel syuen tu, makanan dia tak berapa. kena pandai pilih gerai mana.

  7. dekat wakaf mek zainab ada satu kedai tom yam best
    err..
    eh
    pasal ipoh ke?
    sori
    igt KB
    haha

  8. ipoh? tatau hehe

  9. tak retiiii ape.

    nanti aku tanye oang ipoh kat opis ni :) )

    kalo la die reti bab makan :P

  10. nak bakar jap :P

    kalao aku tak mkn sbb nak kurus

    ko dosh kurus sbb ape ?

    la la la

  11. ♥ QasiehFirdaus ♥ Says:

    tak dapek den nak nolong. den duk KL. ceaaaa.. KL la sgt nye. poyo lebih.. hahhha

    hai lindosh.. sehat ke..

    hahah tetiba.. ending baru nak hai hai hai.. gile k.

  12. Sunanjati Says:

    tgh menjalan kan tugas
    huhuuhuhQ@

  13. atune:- kami nak makan nasik waktu tengahari. mee rebus petang pon best kan?

    puterikure2:- ooo kat penang dia terer eh? meh habaq meh. org penang neh pon tak bapa nak tau sgt

    axim:- aku dah letih google. asyik dok kluaq kedai makan cino ja. maskor jubari tu kwn hang eh? nanti dia terkejut plak aku call dia.

  14. penyu:- dekat area umah aku pon ada. dush3 penyu

    amy:- its ok. nanti kalo nak pi kl bleh la bukak balik entri ni ye? tuka kl je

    twinney:- tasik raban tu mmg selalu dok dengar pon nama dia. ada yg suggest hotel syuen. nanti try tgk

  15. pjoe:- owh wakaf mek zainab? nanti kalo pi kb bleh try pegi.

    masy:- nanti aku tanya kat ko pasal melaka plak. sbb aku failed sket bab jln2 carik makan kat sana. kalo ko tatau gak nahas ko!

    sue:- try ah tanya kan ye. ape soklan kedua anda. aku kurus sebab aku mmg kurus. tak puas hati kah? lalala

  16. qasieh:- ecece dan2 org kl. aku sehat beb. ko sehat? asyik tido je keje ko kan kan

    sunan:- aku pon dah selesai kat hangpa. awat tak hapdet blog?

  17. aku suka makan mee kicap kat pekan ipoh….

    hehhe hehhe

  18. Jard The Great Says:

    salam… trima kasih singgah blog ku.. ipoh? jauh woo.. kalo tpt yg besh kat KL dan Tuaran, Sabah ku tahu la.. hehe.. sori for not being able to help u.. sigh

  19. padelkopak Says:

    gua bkn xnk tlg lu….
    tp gua pon mmg x penah sampai ipoh!!
    so gua blur…

  20. Hasnul Efendi Md Yusof (ANUL) Says:

    background ko mmg putih ke or aku view tak kuar..tp rasa cm lg syok nk baca..

    Ipoh wa tatau la…

  21. fealize_eleanoer Says:

    tempat makan best adalah di….

    RUMAH ku…

    jemputla ke rumah…hiksss!!

  22. weed and bandages Says:

    dulu pergi ipoh jumpa kawan bernama ducktoi saja.

    adalah 2,3,4 kali.

    ipoh best. bandar yang best. rilek2 saja.

  23. aku baru nak kasi tau safarina dah kasi tau yg kat stadium tu.. mmg best situ.. penuh ko.. smua lauk2 kampung..

  24. assalamualaikom… salam kenalan aku suka blog ko, kalu boleh bawa laaa aku sama ke bulan kerana disana aku bisa melihat kebawah…. bumi

  25. biskutrajin Says:

    oh pntai seagae…windunye mkn kat situ smbil lepak2….tp tmpat maksiat la pulok..huhu

  26. setahu saya kalau dulu kat taman TKK la..kat area ipoh tuh..tak tahu pulak kalau tempat itu wujud lagi atau tidak

  27. akak tak tahu sngt bab area Ipoh nie, sbb akak area manjung akak tahulah, tapi dari cite lindosh kite srupalah.

  28. shafarina Says:

    hehe

    selamat bermandi manda ye twinney :)

  29. Sunanjati Says:

    aik xder chat box eik

  30. :: p R i n c E s S _ N :: Says:

    alamak..N pnh g ipoh dlu..adek blaja..die bwk mkn kt bus stion x silap…murah…& sedapp…

  31. Galing BOY Says:

    aku tak sampai lagi situ..Kalau ada tempat makan bagus aku minat nak cuba.Mana2 le kat malaysia ni sebab aku sukakan makanan dan tradisi malaysia.boleh rekomen kat aku..diwww.lan889.wordpress.com

Leave a Reply