Ben, aku nak duit raya dari kau boleh tak?

Kalau aku jual kau mesti dapat banyak duit juga ni. Kalau kau buat kerek sangat dengan aku, aku sembelih saja kau buat rendang. Nanti kalau Awo tanya kau pergi mana, aku cakap lah kau pergi beraya rumah kawan-kawan kutip duit raya. Tapi kau tak payah balik lagi lah sebab kau dah ada kat syurga. Ok tak macam tu?

Raya pertama;


a) Aku macam biasa saja. Macam tahun-tahun yang lepas. Tak pernah sempat pergi sembahyang sunat Aidilfitri. Samada sengaja atau memang tak sengaja. Agak sibuk.Yang sebenarnya banyak kerja last minute kat rumah. Lebih tepat lagi selalu terbangun lewat. Memang merugikan.

b) Habis saja orang sembahyang raya, sudah ramai saudara mara dari jauh yang datang serbu. Awalnya! Masing-masing cantik dan handsome bergaya berbaju kurung dan melayu.. Harum dan wangi. Aku dan para sepupu masih berbaju tidur merajinkan diri kehulu hilir menjadi bibik dahulu. Nanti dah wangi-wangi kami nak duduk silang kaki layan tv sambil makan kuih raya. Berangan.

c) Kerja kegemaran aku dipagi raya ialah sumbat kuih raya dalam bekas kuih. Satu bilik dikhaskan untuk kuih raya sahaja. Kau takkan boleh bayangkan berapa banyak kuih raya yang ada. Macam nak berniaga pula rasanya. Tau kenapa aku beriya buat kerja ni? Aku boleh rasa setiap jenis kuih dulu tanpa ada rasa kempunan kemudian nanti. Kuih yang sedap memang cepat licin.

d) Seperti yang disebut awal tadi, pagi-pagi lagi rumah itu telah diserbu para saudara. Rumah itu memang jadi tumpuan kerana rumah glamour. Yang sebenarnya sebab ada orang yang berpangkat tua seperti Awo yang memang glamour dikalangan keluarga disana. Wajiblah semua saudara yang lebih muda datang menziarah.

e) Oleh itu, kami semua tak menang tangan. Walaupun dah wangi berbaju raya kami tetap menjadi bibik yang comel dan manis sebab berbaju kurung. Ingat senang ke nak tengok keadaan aku berbaju kurung sambil basuh pinggan? Sangat susah. Setahun sekali saja waktu hari raya. Tetamu datang tak putus-putus sampai ke petang. Meriah.

f) Maka sesi bermaafan dan bergambar, tak dilupakan sesi duit raya juga dibatalkan. Macam nak melompat saja rasanya. Boleh ke macam tu? Mana boleh. Mimpi ke bulan sudah lah aku. Petang ke malam ke, sesi wajib harus dilaksanakan. Misi halimunan? Aku gagal.

g) Hari petang baru kami memanjat ke rumah saudara mara yang berdekatan. Jalan kaki saja sampai. Pada malamnya kami melalak berkaraoke. Sejibik macam kat Redbox lah sound speaker segalanya. Rumah kampung jarak-jarak dan jauh dari rumah orang lain. Jadi orang lain peduli apa kan? Tapi orang tua kat rumah tu pot pet kejap sebab bunyi bingit. Akhirnya aktiviti dihentikan kerana ada saudara mara yang datang beraya. Yang jenis ala-ala alim warak lah pula kan. Tak reti-reti lagi nak sopan santun jalan bertunduk ke?

Ok, Ini adalah cerita sesuku belum sampai setengah entri raya untuk tahun ni. Cukup lah!

Cebisan dari ratusan gambar raya 2008. Kali ni kekurangan ahlinya. Yang tiada dalam gambar seramai 21 0rang termasuk 2 orang masih dalam perut. Betul ke aku kira ni? InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan kita berkumpul lagi. Oh ya, ini keluarga sebelah emak di Melaka.

Sudah lah.

24 Responses to “Ben, aku nak duit raya dari kau boleh tak?”

  1. Mr PenyuBiru Says:

    kan betul aku cakap ko bangun lambat di pagi raya.hehe..

  2. penyu:- ye ke ko ada cakap? pandai lah ko

  3. shafarina Says:

    hehe cantiklah gambar pes tu. ben mmg ensem.

    twinney pegang sampul raya banyak tu, bila nak pas kat fahim haha

  4. gambaq makan makan tadak ka?

  5. ~ mizzAmy ~ Says:

    ~ kita pun tak dpt bersolat sunat aidilfitri. tuh sebab memang tak leh nak pi. :( ~

  6. bozzobattousai Says:

    besarq jugak family hang. siap posing ala model lagik.sempoi….

  7. twinney:- hahaa utk fahim ye? err sampul tetiba dah habis ekeke. datang lah raya sini kak :P

    13may:- tak sempat nak makan. eh! tak sempat nak snap. bizi la menikmati makanan. haha

  8. amy:- insyaallah tahun depan bleh kot kan

    bozzo:- tak ramai. belum cukop ramai sbb tak cukop korum. bab posing model dari yg muda ke tua mmg cenggitu. otometik. :P

  9. Hana-Ni-Mo-Nai2 Says:

    wahhh pic siri bercakap dgn kambeng itu watashi soka!
    ahahaaha

  10. cHaDacHaDa Says:

    i pun suka keje sumbat kuih dlm bekas kuih raya.
    dan2 jadik tukang rasa.

    tapi skang kuih tunjuk byk tak sodap.
    i hate!i hate!

  11. S h i n O Says:

    berapa kambing tu kasi duit raya?
    hehehe~

  12. hana:- ben tu comel kan?

    chada:- tp i beruntung kuih yg ada arituh semua sedap! :P

    shino:- ada ketulan bulat bulat warna itam.

  13. biskutrajin Says:

    ben, ko jgn layan sgt si lindosh ni,…ekekekek

    btw, sy dh bejaye tempek 1 ads nuffnang kt as 2…lagi 2 nex time baru buat…juling x abes lagi..heheh

    btw, thanx tau 4 da explaination..i appreciate it…;)

  14. oit!

    visit [SINI] untuk projek kita tuh…

    insyaALLAH, semua akan memberi kerjasama…

    ingat..nanti visit blog aku…

    aku baru ajer selesaikan tanggungjawab aku untuk ko kat opis nih :D

  15. ♥ QasiehFirdaus ♥ Says:

    dosh, ko mcm takot2 je ngan ben tu

  16. sampai melaka bukannye nk contact aku. ampeh betoi dak lindosh ni *sambil pk budak ni ade ke nomo tpon aku*

    hahahaha

  17. ijau lagikkkkkkkkk

    aku balik kg tak jumpe sedare mare ben laa …

    urmmmm tak penah jumpe kambing lagi :P

  18. debikdebuk Says:

    gambar ke-3 last tu ada org tabur gula-gula ke? atau korang tunggu hujan?

    Oo.. tahun ni ko beraya dengan boipren yer? (sila rujuk gambar pertama n3 ini)

  19. biskut:- ben sayang aku k. no prob!

    13may:- ok beb! semangat diperlukan.

    qasieh:- yg sebenornya.. ben yg takot ngan aku. suka larik2. ada ke aku plak? aku macho ok.

    masy:- sampai sana aku mmg terpikir ko. tapi aku cek fonbook nama ko tade plakk.. aisehhh

  20. sue:- kampong ke bandar neh? aku mcm2 natang jumpa daa neh.

    debik:- tu maknanya kitaorang berjaya menaburkan duit pada kanak2.tu yg nampak riak sket.

    comel kan bf aku?

  21. lindosh…..best nyer kampung mu….taun depan mu raye kat situ lagi ker?

  22. Abih ko paksa bebudak tu posing2 pelik yea :D

  23. wisnida:- ehem.. nape aku macam kenal je wisnida neh? aku balik lah tahun depan kalau kau payung aku 100%. kau kan kaya :P

    tny:- aku tak paksa. dorang yg gedik. hahaha

  24. chik Star Says:

    ben tuh cm dh get redy nk terkam jerk
    haha

    *ingt lgik dulu,klo blik kg semue main kjr2 kmbing, sian kmbg tuh semue tkot.
    sekrg dh xdpt rase cm tuh dh.
    :(

Leave a Reply