Archive for October, 2008

jadi gadis telur menaikkan saham

Posted in Uncategorized on October 24, 2008 by lindosh


wanie:- linda! cuba kalau bergambaq tu tegakkan kepala!
aku:- tak boleh lah. dah sinonim kepala senget! trademark katanya.

kelmarin ada open house company. seperti tahun yang lepas makanan boleh dikatakan mewah. walaupun majlis tahun ni ala kadar dan sederhana nya. aku pulak yang risau tak cukup makanan sampai mintak tambah menu lain.

paling penting ada habuan untuk setiap staff bungkus bawak balik dan open house di rumah pulak. makanya tiada istilah pembaziran kali ni.

aku suka sebab ada lemang dan satay. aku pelik kalau ada orang tak suka makan 2 benda ni.

aku tukang kasi bunga telur. oh sebenarnya tiada telur. ganti dengan gula-gula dan sumi. tiba-tiba macam seronok buat kerja tu. sebelum ni kenduri kahwin orang penah lah. tu pun sebab kena paksa dengan mak. segan nak tayang muka kat tetamu. nak kena senyum sengih. aku kan pemalu (?)

kelmarin ada tetamu saja bikin muka aku merah-merah (ceh! perasan. macam lah kulit putih senang nak merah) jangan puji-puji aku. sikit pun jangan. nanti aku letak jawatan seumur hidup kot.

staff-staff dari alor setar dan kl ada yang turun jugak. ada yang aku dah pernah jumpa. boleh dorang tak kenal aku langsung? macam tak percaya tengok aku. siot ah! mentang-mentang aku tak pakai uniform company.

aku tahu lah kebaya purple aku cantik. ex-boyfriend (?) yang dedolu kasi. walaupun baju tu dah lama, aku baru pakai 2 kali. bezanya kali kedua aku pakai sekarang dah tak fit macam aku pakai pertama kali 2 tahun lepas. longgar. sebenarnya banyak kontroversi lah kebaya tu. nanti bila-bila aku cerita. kisah lama lah katakan.

aku nak pi layan karipap.

lama dan baru. aku tetap cinta dengan hijau

Posted in Uncategorized on October 22, 2008 by lindosh

sedia maklum. aku memang penggemar hijau. aku suka tengok benda berwarna hijau. rasa tenang. rasa nyaman. tapi tak bermakna semua kepunyaan aku wajib hijau. tak lah. aku ni warna warni orangnya. semua warna aku boleh cinta.

dulu aku pernah pakai purse warna hijau. sekarang dia dah rosak. aku pakai dalam 2 tahun jugak. beli kat tepi jalan. yang jual lambak-lambak tu. 10 hengget saja kot. aku suka warna hijau dia.

tapi, aku jarang bawak purse tu pergi jalan-jalan. sebab aku tak suka saiz dia. pada aku macam gedabak. aku lebih suka bawak purse kecik yang hanya boleh letak i/c dan kad-kad penting saja. senang sumbat dalam poket seluar jeans. aku kan malas nak pegang-pegang atau bawak handbag. rasa macam bukan aku nak ayu-ayu macam kayu.

kalau pergi jalan-jalan aku taruk saja purse kecik tu dalam sling bag. oh aku memang penggemar sling bag yang kecik comel. dari dulu. bila pakainya, aku rasa bebas dan sangat berkeyakinan. sebab bahu aku takkan rasa senget sebelah. tegak lurus. walaupun kepala aku selalu di senget.

makin lama makin besar kan? oh tiba-tiba aku rasa aku makin dewasa. selama ni macam tak sedar pulak. asyik rasa diri macam kekanak ribena. dan tiba-tiba aku rasa kena bawak handbag. kena beli purse baru yang lebih comel atau bahasa geli nya ialah ayu-ayu.

baru-baru ni sempena hari jadi aku yang ke 17 (baca: aku masih remaja) kawan yang sangat memahami aku (luar dan dalam?) telah hadiahkan aku purse baru warna hijau. dia nak sangat tahu wishlist aku, aku bagitahu lah. aku dah cakap jangan tanya. tapi kau degil. purse ni salah satu darinya. (wishlist aku ada lebih 50 benda) sebab aku selalu fikir, kalau nak tunggu aku beli sendiri entah tahun bila lah aku nak beli. makanya dia termasuk dalam wishlist. tapi tak wish pun nak beli sendiri. apakah?

terima kasih daun keladi pada Puan Suehani. tiap-tiap tahun mesti nak kasi hadiah kat aku masa hari jadi. tapi aku tak kasi apa pun kat kau kan? aku memang teruk. maaf. kesian kerana menjadi kawan aku. yang penting aku tak lupa kau. aku ingat kau sampai bila-bila. sumpah!

dengar cerita banyak halangan yang terpaksa dia tempuh hanya kerana nak dapatkan purse hijau tu. tapi beb, kau tetap salah sebab blok kereta orang. aku tak suruh pun. aku terharu sebenarnya dengan dia tu. sebab dia tak suka hijau. asyik nak muntah saja. nak kata mengandung tak pun. tapi sebab aku kan. aku terharu ni beb. dia asyik tanya aku. suka ke tak dengan purse baru tu. boleh dia tanya purse tu macam “makcik-makcik” ke? risau sangat.

aku suka lah purse tu. aku memang nak yang berbeza dari yang sebelum ni. walau pon ia lebih gedabak dari purse lama aku tu. tapi ada jugak rasa feminin sikit bila pegang purse baru kau kasi tu. sekarang ni aku selalu bawak kemana-mana. bila tengok isi kulit badannya aku gerenti purse ni boleh tahan sampai bertahun lamanya.

soalan yang selalu bermain kat kepala otak ni ialah..

tak salah kan kalau aku pakai baju warna merah sambil bawak purse hijau tu? tak salah kan?

asyik main chak-chak je. aku nak serius ni

Posted in Uncategorized on October 21, 2008 by lindosh

skrin ni betul-betul mencabar kesabaran aku. macam-macam kat kepala otak aku ni fikir. aku nak taip itu. nak taip ini. aku nak muntah dan muntah kat blog ni. tapi boleh pulak dia dia buat screen saver berwarna warni. dah jadi color pelangi.

kejap biru, kejap oren, kejap hijau, kejap putih balik. memang lah cantik. tapi betul-betul memalapkan mood aku lah. aku pun dah menguap nak tunggu dia jadi putih dan terang balik.

aku mengantuk sebenarnya. dan sebenarnya aku tak ada benda nak taip pun. jangan harap sangat boleh tengok aku update blog masa hari bekerja. aku pemalas. hari cuti pun belum tentu aku rajin. kalau ada update tu semuanya adalah secara spontan.

bantal dan tilam jadik kawan karib. rasa nak lekat terus sampai hujung minggu depan dan hujung minggu depan lagi. aku tak tahu nak taip apa. yang sebenarnya aku nak cerita sesuatu. tapi tak apa lah. lain kali kot. bantal dah panggil. bye

nama diperkotak katikkan oleh mereka

Posted in Uncategorized on October 20, 2008 by lindosh
aku ada gelaran. semuanya bersangkutan dengan nama hujung aku iaitu Linda. aku tak boleh marah apa yang orang keliling nak panggil. apa-apa saja lah. aku tahu kamu semua selalu terpengaruh dengan anasir-anasir kurang senonoh dalam televisyen/filem tu. aku tak boleh marah pun. kadang-kadang aku rasa macam glamour. pergh.

masa sekolah rendah kawan-kawan selalu panggil aku sambil menyanyi “Linda Lam, tak pakai seluar dalam, mandi dalam kolam, kena cubit ketam, menangis siang malam” pernah dengar lagu itu dulu? orang pun selalu sangka aku tak pakai seluar dalam ke sekolah. rasa macam nak selak je pinafore tunjuk kat mereka apa yang ada kat dalam tu.

naik sekolah menengah tak ada apa sangat. masing-masing dah remaja. dah besar katanya. mana ada lagi bab ejek-ejek ni. cuma kadang-kadang teman rapat suka panggil aku Linda Evangalista. kau kenal siapa itu? dia adalah supermodel. aku kan ala-ala berangan nak jadi model dulu. tak padan dengan kurus, pendek dan hitam. tak cantik pula tu. ada hati nak jadi model. model ubat jerawat boleh lah. so lupakan angan mat jenin tu.

kat kolej pulak dulu tengah hot cerita KL Menjerit. jadi tak hairan lah nama Linda Martopo memang lekat kat aku. kemana-mana saja orang panggil nama itu. sakit juga hati. sebab watak Linda Martopo tu macam tak besh kot. apa kau ingat semua nama Linda ni jahat ke? ada lah sikit. tapi tak banyak. jujur ni. kalau tak percaya mari dekati aku.

kemudian masuk level perkerjaan. baru-baru ni ada staff baru masuk. dia mungkin jenis suka berlawak. mungkin niat nak beramah mesra. cakap pun kadang-kadang main lepas. aku tak kisah. kau tahu apa dia menyanyi kan kat aku? “Oh Linda, janda muda..bla bla bla” janda muda ok. aku kahwin pun belum kau dah panggil aku janda. sentap juga mula-mula. memang kena jerit lah mamat tu. lepas tu aku malas nak layan.

kaum kerabat keluarga pun ada kasi nama khas untuk aku. tapi dah tak ada bersangkut dengan Linda. mereka panggil aku Konda. ‘da’ je yang sama. kenapa konda ya? sebab dulu tengok filem Anaconda. jadi Lindaconda. tak pasal pasal nama aku diconda kan. menakutkan betul. korang ingat aku ular ke? tidur macam ular ye lah kot. dasar pemalas katanya. sampai sekarang nama tu lekat.

ok, dah tamat.

tapi ramai yang nak tahu mana asal usul nama Lindosh. aku cipta sendiri kot. sebab dulu-dulu, 10 tahun lepas punya cerita lah ni. aku nak register email semua asyik error. id tak available. semua ada orang punya. aku bengang lah kan. rasa macam nak hantuk-hantuk je kepala. hantuk kat tilam sudahlah. empuk sikit. letih aku tambah-tambah huruf, adjust sana adjust sini, corner kiri corner kanan sampai aku tertaip nama lindosh. tetiba available. bunyi macam ngarut tapi aku suka. so suka hati aku lah namakan diri sendiri. alam maya je kot kan?

korang boleh panggil aku apa saja lah yang korang suka. aku tak ada hal. cuma jangan sampai keluar asap bergas dari segala lubang hidung, telinga secara kepul-kepulan macam seorang perokok yang cuba membentuk asapnya bulat-bulat tu. comel je kan? lebih kurang macam tu lah. aku ni kan seorang yang pendiam. tapi kalau dah sampai tahap berasap hangin satu badan, mulut aku boleh jadi laser. boleh tahan jugak lah. boleh lah kalau nak rasa sentap dengan aku selama 8 tahun. makanya untuk mengelakkan berlaku kejadian yang tak diingini, jaga lah hati aku. tak banyak, sikit pun tak apa.

soalan hati: kau ingat kau bidadari ke semua orang kena jaga hati kau?
jawapan hati: terpulang. aku tak kisah. cuma baca perenggan akhir kat atas :)

muka tahan berak boleh dikira WTF lah kan, pjoe?

Posted in Uncategorized on October 19, 2008 by lindosh
seronok betul mamat yang benci makan pedas mencabar kawan bloggers nya. cabar letak gambar wtf pulak tu. kamu tahu apakah nya itu? maksud nya gambar yang tak boleh blah orang lain menengoknya. contoh;

macam “hey kau.. poyo ok gaya tu”

tak pun, baru aku tahu mata kau sepet sebelah”

atau pun, “gambar kau comel tapi lubang hidung tu boleh sumbat guli lah”

aku rasa itu lah maksudnya. betul kan pjoe?

aku ada banyak gambar tak boleh blah atau pjoe panggil wtf. wuteva kau lah nak panggil apa pun. bila aku tengok gambar sendiri tu pun aku gelak-gelak sambil cakap “wtf”? tak pun “wut da hell?” ayat tu yang kadang-kadang macam sebati. jadi tak salah pjoe namakan dia begitu.

ok, kat atas ni salah satu gambar yang wtf dari aku. aku tunjuk satu cukup lah ye. kang letak banyak-banyak korang asyik carut sebut wtf je. kurang sopan lah cakap wtf kat gambar aku ni. dia tak bersalah lah. sebenarnya gambar tu aku tengah tahan nak berak. sebelum aku pergi jamban aku snap seketul dua. jadi, itu lah hasilnya. serius.

ok, aku terpaksa letak satu lagi gambar. sebab yang atas tu pjoe kata mcm nak letak kat myspace. astaga. tak kuasa lah aku. kalau dah comel takkan kemana lah tuduhan tu kan? gambar kedua ni memang sengaja dibuat. lakonan semula mimik muka waktu dijamban. aku memang seorang peng-sembelit. agak-agak ada lah kot mimik muka aku masa tengah meneran tu kan? rasa macam muka nak menangis pun ada. betul beb. seksa aku saja yang tahu.

jadi jangan fikir aku tak berani letak gambar macam ni kat blog. gua tak hairan lah beb. kalau asyik nak tunjuk muka comel sengih tunjuk gigi arnab je, posing kepala senget sambil tangan tunjuk peace, tak pun yang pakai glamour dengan mekap segalanya kononnya vouge lah tu. (err ini bukan aku kot) semua orang suka, semua orang berani. tapi gambar spesis macam tu memang bosan kan? buktikan lah dengan gambar rupa sendiri gaya wtf pun kita mampu jadi comel.

tak betul ke? cuba tengok banyak kali gambar aku kat atas ni. *kembang kempis hidung*

seleper plywood pun, dia tetap kental

Posted in Uncategorized on October 17, 2008 by lindosh
raya hari tu kena tegur.

“aku tengok kau mula-mula tadi, tak percaya. nampak kecik”
“aku tengok kau makin ‘flat’ lah. kenapa?”
“kau makan hati berulam jantung lagi ke?”
“apa dah jadi dengan hang? mana pi chubby hang dulu?”

senang cakap sudah LEPER lah.

berat badan masa bulan puasa 43kg. lepas raya 46kg. ok, aku tak ada masalah dengan berat aku. normal. bmi ideal dengan tinggi. tak kisah lah kalau aku tetap kelihatan keding. rata. aku tak perlu berpunggung jLo mahupun berdada Pamela. biar kecil tapi asli. tak setuju? lantak.

kau kat sana selalu panggil aku plywood. aku sumpah setiap plywood yang kau pijak akan cucuk-cucuk kemudian sedut-sedut isi kulit kau yang gebu dan mulus tu sampai hancur. nanti baru kau tahu langit tu rendah ke tinggi. nanti baru kau tahu plywood tu sweet rupanya.

marah? eh! aku tak marah lah. aku ok. aku sihat. terima kasih kerana prihatin.

nak periksa BMI tak? klik sini

asyik-asyik cerita tentang berat badan. dah lebih lapanplohpatkali kot. bosan. jom pi makan!

tempat makan best kat Ipoh. korang tahu?

Posted in Uncategorized on October 15, 2008 by lindosh
‘best’ dalam pemahaman aku ialah sedap. makanan yang enak dan sedap. (beza ke?) disamping tempat yg best. pada pemahaman aku mestilah suasana tempat makan tu sedap dipandang. selesa dan tenang. oh, aku suka kalau tempat makan tu ada muzik. menikmati makan sambil ditemani muzik jazz. wah? sebenarnya aku suka live band.

masa ramadan yang lepas aku sempat merasa berbuka puasa kat hotel. dah kata company tanggung. lagi mahu tunggu? macam biasa, kalau hotel tu semestinya buffet. sebenarnya aku tak terliur pun bila dengar nak pergi makan kat sana. sebab aku tahu nama saja hotel. tapi kau ingat makanan nya best sangat ke? memang betul lah sangkaaan aku. aku rasa kalau aku pergi berbuka kat gerai tepi laut macam kat pantai seagate tu lagi sedap dan nyaman dapat menikmati angin-angin sepoi bahasa laut tu. plus jimat!

aku berkira? kedekut? bukan. err tak lah sangat. kalau aku tengah ‘berduit’ aku takkan berkira bab makan. bagi aku, rugi kalau orang terlalu berkira tentang makan ni. ada orang sanggup ikat perut semata-mata nak guna duit makan tu untuk puaskan nafsu beli benda-benda lain. ada jugak yang sanggup diet, sanggup terliur sebab nak badan kurus? aku rasa memang tak patut. rugi lah.

orang-orang tua selalu pesan, kalau rasa teringin nak makan sesuatu, cuba lah dapatkan. makan jangan tak makan. jangan sampai kempunan. ada maksud tersirat kat situ. paham-paham kan lah. ok, kalau masa poket aku kering haruslah aku mengadap nasik lemak 60 sen hari-hari kat belakang opis tu. bawak bekal dari rumah tu memang wajib. eh masa bila pulak aku nak berduit ni?

ok. ok. ok. ini aku cerita bila aku berduit.

biasanya bab makan aku memang cerewet sikit. betul, sikit je cerewet nya. aku pasti korang pun macam tu jugak. aku nak tempat makan tu biarlah berbaloi. (makanan, tempat dan harga) kalau tak sedap pun, biasanya makanan tu tetap aku habiskan. aku tak buang. aku takkan bazirkan. kecuali lah kalau aku jumpa ulat dalam pinggan aku. kau jangan suruh aku telan pulak. aku peduli apa kalau ulat tu manis sekali pun?

enaff!

kembali ke pangkal jalan.

yang sebenarnya aku ada hal lain yang lebih penting. berkaitan. sila baca tajuk entri. ok itu yang aku nak tanya. ada sesiapa yang tahu tempat makan yg best kat Ipoh? yang biasa jalan-jalan cari makan kat sana? kalau boleh nak tempat tu agak-agak esklusif sikit. oh, ini company trip jugak. tak semestinya tempat tu hotel. tapi kalau ada yang ok sila rekemenkan kat aku.

aku nak untuk lunch. buffet atau hidang memana pun tak kisah. tema makanan tempatan atau barat. tapi perut orang melayu tetap nak cari nasi waktu lunch ye tak? harga mesti berpatutan. memandangkan trip akan datang mungkin akan ke Lost World Tambun. so, kami nak cari tempat makan yg on the way terus ke sana. maknanya area Ipoh saja lah kan?

harap-harap sesiapa yang tahu tu kasi nama tempat makan tu dengan no telefon supaya senang aku nak survey lebih mendalam. ok, aku dipaksa organize trip ni. aku pun terpaksa sukarela lah kan. amal jariah katanya. hins hins hins

apa-apa je lah kan. macam aku cakap awal tadi lah ye, aku pentingkan tempat makan yang boleh memuaskan hati dan perut orang-orang semua ni. aku nak depa makan sedap sampai sengkak perut. sampai nak pegi mandi kat lost world pun tak berdaya. kau bayangkan lah nak lunch kenyang-kenyang dulu lepas tu baru pergi berendam kat air tu? depa memang nak buncitkan perut. tak apa lah. itu seksi.

ok lah, jangan lupa untuk syorkan tempat makan best kat aku ok. as soon as possible. sebarang pendapat, cadangan, persoalan, jawapan atau kemusykilan sila mesej kat ym (lindosh) atau email lindosh@gmail.com

kerjasama tuan/puan amat dihargai.

biar kawan lupakan kita, tapi kita jangan lupakan kawan

Posted in Uncategorized on October 13, 2008 by lindosh

*sekadar gambar hiasan

Ben, aku nak duit raya dari kau boleh tak?

Posted in Uncategorized on October 11, 2008 by lindosh

Kalau aku jual kau mesti dapat banyak duit juga ni. Kalau kau buat kerek sangat dengan aku, aku sembelih saja kau buat rendang. Nanti kalau Awo tanya kau pergi mana, aku cakap lah kau pergi beraya rumah kawan-kawan kutip duit raya. Tapi kau tak payah balik lagi lah sebab kau dah ada kat syurga. Ok tak macam tu?

Raya pertama;


a) Aku macam biasa saja. Macam tahun-tahun yang lepas. Tak pernah sempat pergi sembahyang sunat Aidilfitri. Samada sengaja atau memang tak sengaja. Agak sibuk.Yang sebenarnya banyak kerja last minute kat rumah. Lebih tepat lagi selalu terbangun lewat. Memang merugikan.

b) Habis saja orang sembahyang raya, sudah ramai saudara mara dari jauh yang datang serbu. Awalnya! Masing-masing cantik dan handsome bergaya berbaju kurung dan melayu.. Harum dan wangi. Aku dan para sepupu masih berbaju tidur merajinkan diri kehulu hilir menjadi bibik dahulu. Nanti dah wangi-wangi kami nak duduk silang kaki layan tv sambil makan kuih raya. Berangan.

c) Kerja kegemaran aku dipagi raya ialah sumbat kuih raya dalam bekas kuih. Satu bilik dikhaskan untuk kuih raya sahaja. Kau takkan boleh bayangkan berapa banyak kuih raya yang ada. Macam nak berniaga pula rasanya. Tau kenapa aku beriya buat kerja ni? Aku boleh rasa setiap jenis kuih dulu tanpa ada rasa kempunan kemudian nanti. Kuih yang sedap memang cepat licin.

d) Seperti yang disebut awal tadi, pagi-pagi lagi rumah itu telah diserbu para saudara. Rumah itu memang jadi tumpuan kerana rumah glamour. Yang sebenarnya sebab ada orang yang berpangkat tua seperti Awo yang memang glamour dikalangan keluarga disana. Wajiblah semua saudara yang lebih muda datang menziarah.

e) Oleh itu, kami semua tak menang tangan. Walaupun dah wangi berbaju raya kami tetap menjadi bibik yang comel dan manis sebab berbaju kurung. Ingat senang ke nak tengok keadaan aku berbaju kurung sambil basuh pinggan? Sangat susah. Setahun sekali saja waktu hari raya. Tetamu datang tak putus-putus sampai ke petang. Meriah.

f) Maka sesi bermaafan dan bergambar, tak dilupakan sesi duit raya juga dibatalkan. Macam nak melompat saja rasanya. Boleh ke macam tu? Mana boleh. Mimpi ke bulan sudah lah aku. Petang ke malam ke, sesi wajib harus dilaksanakan. Misi halimunan? Aku gagal.

g) Hari petang baru kami memanjat ke rumah saudara mara yang berdekatan. Jalan kaki saja sampai. Pada malamnya kami melalak berkaraoke. Sejibik macam kat Redbox lah sound speaker segalanya. Rumah kampung jarak-jarak dan jauh dari rumah orang lain. Jadi orang lain peduli apa kan? Tapi orang tua kat rumah tu pot pet kejap sebab bunyi bingit. Akhirnya aktiviti dihentikan kerana ada saudara mara yang datang beraya. Yang jenis ala-ala alim warak lah pula kan. Tak reti-reti lagi nak sopan santun jalan bertunduk ke?

Ok, Ini adalah cerita sesuku belum sampai setengah entri raya untuk tahun ni. Cukup lah!

Cebisan dari ratusan gambar raya 2008. Kali ni kekurangan ahlinya. Yang tiada dalam gambar seramai 21 0rang termasuk 2 orang masih dalam perut. Betul ke aku kira ni? InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan kita berkumpul lagi. Oh ya, ini keluarga sebelah emak di Melaka.

Sudah lah.

tanpa air kita memang busuk

Posted in Uncategorized on October 11, 2008 by lindosh
nak tahu apa jadi dengan aku pada raya kedua? bermula pukul 3 pagi aku sudah berulang alik ke jamban. sama macam tahun-tahun sudah. kalau bukan malam raya pertama mesti raya kedua.

aku cirit birit.

macam-macam yang dimakan dan disumbat ke perut hari sebelumnya. bukan aku seorang saja. ramai lagi. walaupun ada 2 jamban kat kampung, kami masih lagi berebut-berebut. jangan buat main kalau perut memulas-mulas lain macam. bahaya. pil chi kit teck aun pun tak sempat nak hadam ni.

boleh jadi sampah-sampah cair berwarna coklat dan hitam yang keluar. tak perlu meneran. kau cangkung atau duduk sikit saja pasti meluru dia keluar. kenapa cebik mulut? berak kau keluar bunga-bunga harum saja? hebat. aku pun nak kalau boleh.

agaknya disebabkan banyak air yang digunakan, aku yang baru selesai 3 pusingan trip jelajah ke jamban tiba-tiba ada orang jerit bagitahu air dah tak ada. kering. selamat aku dah selesai. orang lain? kesian. ada orang tengah betulkan saluran paip agaknya. masa raya lah pula?

kami tak sempat mandi pagi. kejap saja lagi orang datang beraya. oh hari raya kedua kami terpaksa tutup pintu. sebab nak pergi beraya ke rumah orang pula.

dengan itu kami beramai-ramai dengan berbaju kelawar membawa sabun, shampoo, ubat gigi dan tuala mandi pecut naik kereta ke masjid. nasib baik masjid kosong tiada orang. masing-masing berkemban dengan kain batik. ala-ala gadis desa yang sedang bermandi manda ditepi sungai tu.

wangi-wangikan diri. yang nak melabur pun ambil tempat masing-masing. sekali harung katanya.

cerita hari raya pertama dibekukan. sekian.