dipresi
malam tadi,
aku terima sms dari seorang wanita
ayat menikam-nikam jiwa aku
kemudian,
aku terima panggilan dari orang yg sama
kata-kata itu sangat luluhkan hati aku
hancur berkecai..
dugaan demi dugaan.
pasrah.
dipresi
malam tadi,
aku terima sms dari seorang wanita
ayat menikam-nikam jiwa aku
kemudian,
aku terima panggilan dari orang yg sama
kata-kata itu sangat luluhkan hati aku
hancur berkecai..
dugaan demi dugaan.
pasrah.
september 2006..
“Cinta hanyalah cinta,
hidup dan mati untukmu
Mungkinkah semua Tanya kau yang jawab
Dan tentang seseorang itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta”
september 2007..
“aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan”
september 2008 ?
“21.09..
selamat ulangtahun yang kedua.
aku tak harap apa-apa.
cuma nak tanya..
tuhan maha adil kan?”
aku memang seorang manusia yang susah menerima kenyataan. susah melepaskan sesuatu yang aku sayang. mungkin boleh. tapi mengambil masa yang lama. boleh tak kau bersabar? jangan fikir aku seperti manusia lain. sesuatu yang sudah sebati dalam jiwa mana bisa dirobek kan keluar begitu saja? jangan fikir hati aku murah, jangan fikir jiwa aku senang dibeli.
kau pernah berjaya curi hati aku dulu dan kemudian kau berjaya dengan cemerlang A plus buat aku rebah gedebuk begini. kemudian senang lenang beriya-iya kau nak suruh aku lelong hati aku pada insan lain? secara jujurnya, aku rasa nak tikam perut kau sampai mati. aku cuba berbaik dengan kau dengan niat ikhlas tak mahu bermusuh. tapi kau buat aku macam sampah saja. kau tahu tak, tuhan itu maha adil. berapa kali nak suruh aku ulang ni?
kelmarin. lepas balik kerja aku terus tidur sehingga waktu berbuka puasa. itu pun emak yg kejutkan. kemudian sejam selepas berbuka aku sambung tidur sampai waktu sahur. itu pun emak juga yang kejutkan. wut da hell am i doing wif my life? sangat sux rasanya. aku tak boleh fokus dengan segalanya. semuanya terabai. kesian diriku.
kadang-kadang aku rasa tidur itu paling nikmat dan terbaik. dari berjaga, bernafas menghadapi masalah demi masalah. dari berfikir segala keserabutan. oh hari-hari yang penuh liku.. tak lah berapa liku sangat. tapi diri sendiri suka merumitkan hari-hari itu mungkin.
kadang-kadang aku suka menyalahkan orang lain diatas apa yg berlaku pada diri aku. hati aku berkata orang lain tak pernah faham aku. hati aku juga berkata orang lain tak pernah pedulikan aku. aku benci dengan semua yang terjadi dalam hidup aku.
kadang-kadang aku rasa aku tak punya sesiapa dalam dunia ini. dan kemudian akan timbul perasaan ingin hidup seorang diri sahaja. mungkin adalah lebih baik dari ada ikatan apa-apa dengan insan lain. aku cuma mahu emak seorang sahaja.
tapi sebenarnya itu semua adalah separuh dari kata hati ini tak dinafikan ia memang sangat busuk. separuh lagi hati aku yang sebelah masih wangi. aku masih berfikiran positif. aku masih lagi waras dan normal macam orang lain. mungkin aku hampir-hampir kearah negatif itu tapi aku tahu diri ini kuat dan gagah perkasa. ayat-ayat bangkit memang diperlukan pada masa ini. walaupun aku lemah gemalai sentiasa. yang harus dilakukan sekarang ialah.. terus bersabarlah sayang.
p/s:- aku pun tak suka hidup dalam kenangan (pahit)
1) mana baju raya aku? memang tak ada. sebab aku tak tempah. aku tak shopping. maka pakai lah baju recycle raya nanti. aku tak kisah. tahu kenapa? sepasang baju kurung aku hanya pakai paling maksima 2 kali setahun. so, no big deal lah. orang takkan peduli pun aku pakai baju warna itu dan ini. aku bukan selebriti.
2) baru-baru ni aku pergi salon. untuk potong rambut. aku dah cakap dengan amoi tu. rambut depan jangan usik langsung. aku nak biar panjang. rambut belakang dia trim kasi nipis. then aku buat muka bengang tetiba zassszz dia potong rambut depan pendek terus. nasib baik dia tak ratakan rambut tu. raya nanti kalau muka aku tak kiut dalam gambar siap lah kau. aku akan sedut-sedut rambut kau pulak!
3) bila pak lah nak turunkan harga minyak lagi ni? sibuk je nak basmi kemiskinan. turunkan harga minyak dulu. baru lah jumlah kemiskinan akan berkurangan. kenapa aku cakap macam ni? aku rasa miskin je sebab minyak mahal. dah nak raya ni oi.. aku nak juga jalan-jalan jauh pergi beraya ziarah menziarahi. sambil kutip duit raya..
4) petang tadi jumpa kawan lama. kawan masa aku kerja kat mcD dulu. 11 tahun sudah. Hadi namanya. dia masih kenal aku. dia kata dulu rambut aku tocang dan badan berisi. sekarang aku kurus dan (?) dia cakap tak habis. kalau nak tahu dulu dia admirer kat aku. aku bukan perasan. ini cerita betul. dia pernah kasi bunga ros plastik kat aku dulu. sweet lah dia. maksud aku dia sweet sebab kasi sekuntum bunga ros plastik. aku tak pernah kata dia handsome. dia baik sangat-sangat. itu saja.
5) aku macam boring dengan dunia blog. rasa macam nak berhenti merapu. tapi aku tak boleh. dunia merapu dah sebati dengan aku. kalau aku tak merapu akan rasa macam nak gila. kalau tengok aku senyap tak hapdet blog maknanya aku tengah meng-gilakan diri lah tu. kau tak percaya? lantak kau lah. sekarang aku sudah boring.
psstt.. betul ke dulu KJ pernah bercinta dengan Nurul Izzah? saja bertanya.
sudah beberapa hari aku bermain dengan benda alah ni. aku dapat rasakan ia menggembirakan aku. malah ia juga mampu membuat aku mengalir air mata kerana ketawa berlebih lebihan. berguling-guling senak perut melihat wajah sendiri diklasik kan.
lagi satu kebaikannya, aku boleh bezakan rambut mana yang sesuai dengan muka aku dan mana yang tak sesuai. mana lah tau aku boleh tukar trend rambut. rambut raya lah..
1952
1960
1962
1968
1978
seharian bermain game kat Outdoor kami pulang kebilik masing-masing. letih mungkin. aku golek golek kan badan atas katil. sungguh nyaman kalau tidur. sambil baring sambil sembang. jam menunjukkan pukul 7 petang. senja sudah. sengaja aku lelapkan mata. mata kata kejap saja. aku pun setuju.
aku terasa sangat lama aku baring. kemudian terjaga kejap. aku lihat mira sedang lena diulit mimpi. oh rupanya dia pun tertidur. kalau macam itu baik aku juga sambung tidur. dan kali kedua aku tersedar lagi. aku terasa lama sangat tidur.
aku lihat jam ditangan. jam menujukkan pukul 12.30. baru aku teringat masa checkout hotel ialah 12.30 pm. kami dah lambat! aku gerak badan mira yang keras macam orang dah mati. mira terkejut. kelam kabut kami berdua. aku suruh dia mandi dulu sambil aku kemas packing barang ke dalam bag. bertaburan segalanya.
call bilik sebelah. kakak dan sepupu mira suruh mereka bersiap cepat. kita nak balik dah! dengan patuhnya mereka ikut cakap kami tanpa bertanya apa-apa soalan. dan lepas beberapa minit terkedek-kedek mereka tekan loceng bilik kami sambil menunggu kami bersiap. mereka bagai nak tanya sesuatu.. tapi takut kena marah mungkin. maka mereka pun senyap saja.
mira tak mandi. dia hanya gosok gigi dan basuh muka. busuk punya budak. mungkin dia fikir dengan menyembur perfume satu badan akan mewangikan dia. tapi dia tidak tahu bahawa bau-bauan itu akan men-pengsankan rakan biliknya ini. kasi alasan sejuk. tapi bagus juga dia tak mandi. cepat lah kejar masa tu. turn aku untuk mandi. mandi air panas saja. aku pun tak tahan sejuk. rasa macam nak beku. lepas mandi sambil berkemban, aku suruh mira call orang tingkat atas iaitu kakak-kakak besh three stooges group kami tu tunggu dulu. jangan tinggal kan kami. fyi, kami bersiap tak sampai 10 minit.
orang bawah:- kak jasni, kak mas, kak jaszrul.. check out pukul berapa?
orang atas:- aa? pukul 12.30tghr besok
orang bawah:- kami dah lambat ni. tunggu kami tau. (tak pikap ayat sebelum tu)
orang atas:- aa? apa ni? (suara blur tanda tgh tidur)
orang bawah:- hangpa semua kat mana ni?
orang atas:- kat dalam bilik laa
orang bawah:- laa lambat jugak ka? dok kelebek apa?
orang atas:- dok tidoq la. kan malam dah ni.
orang bawah:- tidoq? malam?
pulp! orang bawah letak gagang terus. mira tengok jam. aku pun tengok jam. betul lah pukul 12.30. tapi terlupa nak tgk betul-betul samada AM atau PM. 12.30 tengah malam rupanya. bukan tengahari lah badigol. kemudian dedua orang itu memberukkan diri terjerit dan terpekik! jiran-jiran sebelah yang terkejut dengar pekikan itu segera datang kebilik kami. rasa popular kejap membenarkan mereka dengar suara halus dan comel kami itu. mereka sangka ada orang kena rogol. herk.
kakak mira dan sepupunya hanya geleng-geleng kepala dan gelak-gelak terus cakap..
“aku boleh jadi gila lah ikut hangpa 2 org ni”
terus keluar. dan masuk bilik memasing. aku ngan mira terusan gelak macam setan dan guling gulingan dari katil sampai ke lantai. kemudian kami tak tidur. bertambah mereng dan sasau. apa yang jadi selepas itu biarlah ia menjadi rahsia kami berdua. besoknya kami checkout pukul 10 pagi. takut kena tinggal.
rupanya ramai orang suka membaca. parking penuh. aku parking ikut sukahati aku. blok 3-4 buah kereta. kalau mereka nak keluar mungkin terpaksa langgar kereta aku dulu dan mengemekkan juga kereta mereka. mahu kah? so kamu harus jadi seorang yang penyabar. tambahan dibulan puasa ni. masa ni lah kamu diuji. aku bukan apa.. cuma nak memulangkan buku tanpa pinjam lagi. ia akan ambil masa lebih kurang 5 minit saja. tak jadi masalah bukan?
aku bawa Marsya anak saudara aku sebagai peneman. dia yang nak ikut aku. hentak-hentak kaki pada mama dia yg tak bagi ikut. agak bangga lah juga tetiba dia nak ikut aku jalan-jalan. kerana aku bukanlah mak saudara favourite. aku hanyalah mak saudara yang berhati kering tapi senang dibuli oleh anak saudara.
aku cuma didenda rm1.40 kerana lewat hantar. nasib baik aku telefon untuk penangguhan. selepas proses pulangan aku singgah ke tempat buku. ramai student dan kaum cina yg bertenggek disitu. satu persatu buku aku belek. belum sampai 5 minit. masih ada masa. belek lagi. sampai ke bahagian novel, aku buat-buat terkejut dan menjerit gedik nampak Wanie kawan kerja aku yang sangat gilakan novel. aku usik-usik saja novel-novel tu. tetiba rasa jelak nak membaca kisah cinta yang entah apa apa.
aku pergi ke rak buku falsafah dan motivasi. baru rasa sedikit semangat. tapi tajuknya semua membosankan dan berat. banyak buku yang tak ada. sebelahnya rak buku bahagian agama. penuh dengan student pula. aku tahu lah tengok muka budak belajar. nerd habis. student lah tu. aku selit kan diri juga. almaklum lah aku kecil dan kurus pula orangnya. dengan rasa insaf yang tetiba datang, dengan semangat yang membara nak pandang kedepan aku belek beberapa buah buku yang bagus rasanya. insafnya rasa. bagus juga kalau aku berubah. itu aku cakap dalam hati. mulia saja rasa diri. tak lah rasa hina macam sebelum ni. baru saja nak berangan ke bulan tiba tiba..
tiba-tiba.. loceng berbunyi menandakan ada kebakaran. oh tidak. aku tipu. sebenarnya aku teringin sekali melihat bomba bekerja depan mata aku. itu pun selepas wanie bercerita tentang kehebatan para bomba. dan aku berangan bersuamikan seorang ahli bomba yang gagah perkasa dan hati kering itu tapi tugas mereka sangat mulia. bukan macam polis.
aku banyak berangan rupanya.
tiba-tiba.. ada pengumuman dari pihak library. kuatnya suara itu. dia guna mikrofon memang lah kuat. satu library dengar. besar lah pula library itu.
“sila ambil perhatian. pemilik kereta plat no PH* 6*** sila alihkan kenderaan anda segera. bla bla bla..”
dia ulang 2-3 kali. aku tergamam. ah malunya. aku tak perlukan publisiti murahan lah wahai library. cakap sekali pun sudah memadai. aku tak pekak sangat sebab speaker anda terlalu kuat. maka terkedek kedek lah bawa marsya keluar dari situ. aku lepaskan buku itu macam tu saja. kita tak ada jodoh hari ni. ramainya penunggu kat parking itu. lebih 30 minit aku rasa. mereka yang menjadi mangsa hanya tersenyum. bulan puasa gamaknya. aku sengih minta maaf sambil tayang gigi arnab yang tak berapa comel ni.
kemudian aku ke PaRam seberang jaya untuk pertama kalinya. membeli ayam percik untuk berbuka puasa hari ini. sebelum balik aku tanya anak saudara aku, nak balik ke nak jalan lagi. dia jawab nak jalan lagi. ok, aku bawa dia ke sunway carnival. ada artis-artis astro yang buat marhaban disana. ramai sangat. aku tak cam muka mereka kerana mekap seperti wayang cina. tapi sebenarnya mereka memang cantik in live. aku cuma cemburu sebab tak miliki kulit putih halus mulus seperti mereka. jerawat sangat sayangkan aku. apa nak buat.

got to go.. daa!
Upin & Ipin kembali lagik!
owh ya.. aku akan letak semua siri kat sini. satu persatu la kan. [lepas siaran kek tibi nun] pastu cilok dari youtube taruk sini. apa ada hal? kunun nak kumpol semua cerita upin ipin. bosan2 bleh aku bukak je entri neh dr blog. ngeh ngeh
Upin & Ipin Setahun Kemudian
Episod 8 – Anak Bulan
Upin & Ipin Setahun Kemudian
Episod 9 – Adat
Upin & Ipin – Setahun Kemudian
Episod 10 – Tamak
Upin & Ipin – Setahun Kemudian
Episod 12 – Kisah & Tauladan
haa.. masa aku wat entri PaRam hr tu..
ada yang tanya aku apa benda yg kaler merah tu
makanan lain korang tau tp merah tu tatau
ho la.. bentuk cam pelik. konpius tengok
ekceli yg merah² tu bukan beli kat Param okek
itu mmg dibuat khas oleh mak aku
nama mende merah tu ialah Sagu + Gula Merah
dalam pic mmg tak chantek.. kabur je
mebi kerna kamera cikai aku yg tak besh
or tangan aku yg tak pandai snap? huhu
ekceli.. ada cerita sebalik cerita
pasal sagu neh lah..
sebelum berbuka hari tu
mak aku dah siap-siap makanan utk berbuka
aku nampak benda merah je
aku teros capai kamera snap sana sini
sebab tak menjadik sgt.. aku amik masa la
sambil bebal sorang2 ngan kamera
then dengar mak aku soh hantar sagu kat jiran sebelah
aku pon iyelah.. so ada 2 bekas kat atas meja
satu besar satu kecik sket
pastu aku sambung snap2 lagik
mak aku dah marah..
bising2 aku neh takde keje lain asyik snap sana snap sini
pot pet la dia pon.. aku wat derk je
pastu bila terasa nak hantar
aku tanya lagik kat mak..
“mak.. hantar dedua neh ka?”
masa tu dia dah kat blakang.. dia pon cam “haaa yaa”
dlm hati cakap.. biar btol mak neh.. banyak kot neh
aku pon malas nak tanya lelebih
kang tak pepasal kena tempik hohoho
aku pon ngan semangat bawak lah yg bekas besar tu
“semekom org sebelah..”
pastu makcik saadiah keluar aku pass kat dia
dia pegang sagu bekas besau tu
pastu aku cakap tunggu sat ya.. nak amik kuahnya
ngan konpidennya masok umah nak amik gula merah tu
dia pon still kat tembok tu tak bawak masok dalam pon sagu tuh
masuk umah je.. mak keluar dari dapor
“hang kasi yg mana satu neh?”
“yg dalam bekas besaq tu laa”
“laaa.. kan mak cakap kasi dia yg bekas kecik sket neh”
aku pon ggrrr!
tadik mak yg cakap soh bagi dedua.
yg besaq tu utk rumah neh. banyak la tu..
aku dah bengang plus malu gila okek
makcik saadiah konpem tunggu kat luar tu
teros aku soh mak aku yg pi tukar kan
ah gila.. aku dah kasi org pastu nak amik balik huwaa
mak aku pi keluar kasi bekas kecik tu
makcik saadiah dok tercengang lg
rupanya dia pon heran kenapa la mak aku kasi byk sgt sagu tu
sebab sagu bekas besar tu utk lebih 10 org makan
kiranya ngam2 utk org umah aku yg lebih 10 org tu
padahal makcik saadiah cuma betiga je kat umah dia.. neh dessert je kan
org tak makan dessert macam makan nasik ke mee goreng ke kan..
pastu tetiba dengar mak ngan makcik saadiah dok terkukeh kukeh gelak
gelak kan aku lah tu.. tak sukanyaaa..!
ntah apa ntah yg dorang anyam ketupat kan aku
masok umah mak tak abis2 gelak
pastu cakap “tu laa.. ckp org tamo dengaq.. x abis2 ngan kamera dia”
“eeiii buat malu org ja mak neh”
“hang laa.. padan muka hang”
pastu dia sambung gelak lagik
sampai la waktu berbuka.. dia ngadu kat kak ipar aku sambil gelak
dia bawak ke sahur membahan aku.. gelak2 sampai mata berair
huwaaa geramnyaa..!!
konpem lepas neh sebulan aku tanak jumpa makcik saadiah!
aku maluuuuuuuuuuu..
yeah.. aku sakit mata or lebih pada gatal2 lalu ku menonyoh2 nya. mmg besh tonyoh mata. nikmat dia lain sket..
bak kata doktor.. Conjunctivitis or Pink Eye.
mata merah jambu neh jadik sebelah je. yg sebelah tu ok aja. dunno lah sebab apa kan. aku rasa sebab contact lens gak tu. kekadang aku mengabaikan dia tanpa jaga dia leklok. tau kasi lenjan je. padan muka bila jadi camni kan.
ekceli dah berapa hari jadik pink eye neh. asyik bangun tido je harus lah berkerak taik mato neh. keras2 lak tu. nak bukak mato pon susah. tapi kejap je. pastu dia ok. pastu dia jadik kaler normal yakni kaler putih la kan mato putih tu. tapi smalam dia menjadi2 plak. semua org tamo pandang aku tepat. ciskek lah. ai terasa hati yew..!
tapi pedulik apa aku. aku tetap pegi keja. kemarin aku pegi keja pakai spek matos. tak tertahan sangat. kang pedih, gatal lotih den nak menonyoh. siap berair plak. tu takpe lagik.. kang taik mato ponuh kang.. goli lak org lain nengoknya kan kan? so aku wat keputusan berjauhan dari org lain.. wat keja sorang2 huehue.
lepas balik keja singgah PaRam kejap then teros ke klinik panel. adehs doktor hari tu gak la. segannya aku nak jumpa doktor tu. maklum lah setiap minggu ada je sakit aku neh kan? cam mengada2 je rasa sakit sket nak jumpa doktor. euww. nak buat cemana kan.. aku mmg telah dinasihat jumpa doktor. takot kena jangkit lah tu depa2 tu lalala
then doktor check apa semua.. dia tanya aku baru balik keja kah? ya lah doktor.. dah petang pon kan. pastu dia cakap “patutnya awak tak payah pegi keja hari neh” owh ye ke. takpe la dah lepas pon. then dia kasi MC sesiap utk hari neh. dia cakap bleh kena jangkit nehh ok. dia kasi satu hari je dulu. kalo merebak haruslah aku dapat mc lagik kan? takyah lah. mata aku neh mengada2 je. kejap ok kejap tak ok. besok dah boleh pegi keja. rekod keja aku buruk siot asyik cuti ngan mc je. haih..
tapi kan seronok tau.. kalo dapat kasi jangkit org lain.. hakhakhak