16/8/2008.. lepas wedding choohani aku dapat panggilan dari seseorang. weols dah lama lost kontek. dan tetiba la pulek. bro kimie tingin nak jumpa aku setelah 4 thn memasing bawak diri. so.. me , zila & bro kimie kuar lepak gi makan2. supper ekceli. kitaorang pegi Rejab kat Shah Alam.

siapakah bro kimie dalam hidupku?
aku panggil dia abg mie je. dia pon suka bahasakan diri abe mie. nama penuh dia Hakimie. aku suka nama tu. kami kenal tahun 2002. masa tu aku teman my fren si Sally nak deting ngan kwn chatting dia. 1st time jumpa kan.. haruslah bawak kaum kerabat memasing. sally ajak aku ngan Rosni temankan dia. masa tu kami tinggal kat Putra Perdana, Puchong. kwn chatting dia tu aku lupa lah nama. dia pon bawak teman. nama kawan dia tu kimie lah. so kawan dan kawan. lepas 1st date tu si kimie neh baik ngan aku. padahal date org lain kan? ntah lah. dia kerap kontek aku. bukan sally mahupon rosni. dan kawannya yg mengedate ngan sally tu pon senyap je lepas tu. so kiranya jumpa sekali tu je lah huhu.
bro kimie amik alih tugas. tugas mende lah kan? dia bagaikan abg angkat aku lah kira masa tu. eh.. abg angkat pada semua kawan2 osmet aku seramai 8 org masa tu. kami anggap dia abg n dia anggap kami adik. selalu kalo pegi makan dia ajak aku. n aku akan bawak semua osmet aku pegi makan sekali. dia tak penah kisah pon. kalo 8 org kuar makan skali.. 8 org lah dia belanja. kadang2 weols keluar naik keta dia. so aku akan sumbatkan 4 org kwn kat seat blakang. kwn2 aku pon hepi kalo dia bawak jenjalan sambil makan angin sambil makan2 sampai kenyang.
8 org yg digelar team comel satu ketika dahulu. comel kah? hohoho.. kogie, yatie, rosni, ita, zura, sally n uda. cuba teka mana satu si chubby lindosh? hehe
owh.. aku tak pernah keluar berdua ngan dia. dia pon tau aku takkan kuar ngan dia tanpa peneman. at least aku akan bawak sorang kawan sebagai peneman kalo berdating ngan dia. aku ingat satu kenangan.. dia ikot kehendak aku yg nak nengok wayang. yg aku ingat masa tu cite Lord Of The Rings – Two Towers. masa tu 3 org peneman aku. ekceli bro kimie bukan org yg jenis kaki wayang. tp dia kan suka ikot kemahuan aku yg ala2 mengada neh. well.. aku kan adik angkat kesayangan dia hehe. masa semua org tengah besh2 nengok muvi tetiba bleh aku dengo dengkuran hebat dari dia. dia tido ok. yg tak tahan tu dia berdengkur. ter kekekeh la kekawan aku gelak. gelak kontrol la dalam panggung tu. pastu lepas kuar panggung dia pon bagitau la.. “abg mie bukan layan sangat wayang2 neh.. tp skali skala layankan aje adik2 abg neh”
aku penah ikot dia pegi wat keja. kalo hari ahad dia pegi umah kastemer hantar barang la repair itu ini kat keta kastemer. dia keja apa aa? owh masa tu dia mekanik volvo. so segala jenis keta volvo dia penah bawak aku.
dia memang besh. caring sesangat. kalo aku susah ke apa dia cepat je datang menulung. dari setat aku dok kat Puchong then pindah San Peng sampai lah ke Bukit Jalil dia sentiasa ada. jauh macam mana pon dia mesti datang carik aku. penah gak lah sekali aku balik kl dr kg. pastu bas wat hal sampai kl pong dah lewat mlm. mana lah ada transport. tanpa disuruh ke hape.. dia terus cakap dia akan amik aku bila aku sampai pudu. pukul 1-2 pagi pon dia sanggup tunggu beb. menjemput n menghantar kemana saja. tak penah rungut pon. kata dia.. janji aku selamat. dia slalu nasihatkan aku supaya jgn tinggal solat.
penah nak jadi satu cite.. masa tu tahun 2003 tak silap aku. aku dah pindah hostel bukit jalil masa tu. depan astro tu je. so masa tu ada final bola sepak piala malaysia kat stadium bukit jalil. aku pegi stadium jalan kaki je ikot jalan shorcut. aku berdua je ngan kwn aku si Along Fiza. masa tu mmg dapat tiket free. ye la kazen aku ramai keje situ. [btw dulu aku pon keje kat stadium tu hehe.] sapa ye yg final masa tu.. tak silap aku Sabah lwn MPPJ. pastu dah abis game cemana ntah tetiba abg mie call. rupanya dia pon nengok bola ngan kawan2 dia n baru kuar stadium. aku dah nak balik hostel tapi dah tengah malam. tak hengat dunia nengok bola. risau nak balik hostel. konpem kena panjat pagar lagik lah nampak gayanya. then pk punya pk rasanya malas nak balik hostel. nak pi jenjalan so ajak abg mie bawak pegi jenjalan..
dia pon turutkan kata ku hehe. weols gi makan2 kat area kl. tak silap aku malam minggu. dalam pukul 2-3 pagi camtu dalam keta berdepan ngan Muzium Negara.. sambil borak2 dalam keta.. tetiba ada keta dari belakang laju kekiri kekanan pastu tetiba bergesel ngan keta abg mie. kami tak bersalah. tapi org2 dalam keta tu terus tahan keta kami soh berhenti. aku dah ketaq lutut. kecut perot semuanya ada. keta sebelah tu bertiga. kami pon bertiga. tapi dorang semua lelaki. india. mabuk! dorang marah2 kata abg mie langgar keta dorang. dorang ugut abg mie. mintak semua duit yg ada dalam wallet. gila hapa. sakit ati aku. tp tak mampu buat apa2. abg mie soh settle kat luar keta. dia tanak aku ngan along fiza takot. lepas abg mie kuar aku tros lock pintu.
tetiba aku nampak sorang india tu tumbuk abg mie. aku dah jerit2 dalam keta. teros aku call polis. polis plak ala2 gampang masa tu. tanya soklan ntah apa2. dorang cakap akan sampai kejap lagik. palahotak je. mmg tak sampai kesudah. tatau la brapa kali abg mie kena sepak terajang ngan 3 org india.. sorang dua darinya mabok. sialan btol. dorang sangat bahaya masa tu. hampir2 nak kaco kami yg dalam keta neh plak. nak je aku kuar kasi katok pala dorang yg biol tp ganas tu. tp keadaan menakutkan lah beb. org2 kl yg benti keta kat blakang kami semua wat derk je. tadek sapa yg sudi tolong. ape lah kudrat aku nak melawan org2 mabok tu kalo abg mie pon tak terdaya?
pastu dorang stop pukul abg mie. tu pon lepas abg mie hulur duit rm300 kat dorang. jahat giler dorang tu. siap pau lagik duit org. masa abg mie masok keta.. tetiba bau telur dalam keta. dah la keta berekon. kuatnya bau camporan. rupanya si Along Fiza terkentut! ciskeknya diaaa! aku dari nak nangis, marah sampai nak tergelak pon ade. owh.. muka abg mie lebam2 yew. kesian giler aku tengok. dia drive keta slow2 je sampai lah area Pandan. pegi klinik dulu amik segala ubat. x sampai hati aku tgk dia keadaan camtu. pastu nak melayan kami lagik. then dia bawak kami pegi hotel berdekatan.. utk tido malam tu. pastu dia balik umah berehat. katanya esok pagi dia jemput utk hantar kami pulang tsk tsk saya sedih. sampai mata lebam pon dia tak penah merungut ngan aku.
masa akhir tahun 2003.. tetiba je dia approach aku. err u know wut ai mean kan? aku ala2 terkujat lah. takleh trime kenyataan. segan ada. tanak pon ada. sebab aku hanya anggap dia sebagai abg. aku terus menghilangkan diri. menyepikan diri dari abg mie. dia tak bersalah. dia berhak ada feeling tu. tapi aku tetap tanak terima. aku marah. gila ke aku nak marah org suka aku? ntah lah. lepas tu kami tak penah jumpa lagik. aku selalu mengelak dari ketemuk dengannya.
pertengahan 2004 aku dah balik stay kat penang balik. masa tu aku kontek2 balik ngan dia thru fon ngan sms je lah. dia pon redha je apa yg jadik. kami takde jodoh utk bersama. tapi kami boleh baik seperti dulu kala. itu je yg aku nak. masa tu family dia nak sangat tengok dia kawen. dia sempat bertunang ngan pilihan family dia masa tu.. then putus tengah jalan. lepas tu dia jumpa org lain.. dalam sekejap je dia teros kawen. dia kawen akhir 2004. skarang dah ada sepasang anak. girl n boy.
selepas 4 thn kami ketemuk lagik. tp dalam keadaan berbeza lah kan. masa lepak ngan dia hari tu. banyak dia cite pasal family dia.. tunjuk gambo anak2.. ngan wife dia. aku nampak dia hepi sesangat ngan life dia. aku? haruslah aku hepi utk dia. walopon ada terdetik dalam hati aku.. baiknya abg mie neh. kenapa dia bukan ditakdirkan utk aku? hehehe giler ok aku neh. itu patotnya stetmen kalo seblom dia kawen. bukan sekarang. aku taklah menyesal. ini semua dah ditentukan. cuma kekadang aku terpikir.. alangkah bagusnya kalo aku ketemuk lelaki mcm abg mie neh. konpem idop bahagia. bak kata org.. seseorang yg baik itu hanya akan datang sekali dalam hidup kita. benarkah itu? wuteva. smoga abg mie bahagia ngan family nya slalu n chaiyok2.. jadik lah lelaki yg terbesh pada org kelilingmu.
n aku still berharap ada sinar bahagia utk diriku bersama insan baru yg lain. tetapi siapakah? hurm.. masih adakah sinar itu? owh ada. jom dengar SinarFM.. hohohorlicks!
*anti klimax* nGee