Archive for July, 2008

Anwar Ibrahim – Permatang Pauh

Posted in Uncategorized on July 31, 2008 by lindosh
ape daa punya tajok entri? sori ye ini bukan blog politik. saja je nak menyebok ngan berita terkini hiburan sensasi. tadik petang dengar berita Wan Azizah dah letak jawatan sebagai ahli parlimen. then dia nak bagi laluan pada Anwar utk bertanding kat kerusi Permatang Pauh.

baca berita lanjut disini..

point skarang yg aku nak taip ialah.. aku jugak akan jadik pengundi masa pilihanraya kecil tu nanti. hoyeah..! ape daa itu pong kecoh. sukatik aku lah. itu kalo konpem jadik lah plan tu kan.. sebab macam2 kemungkinan boleh jadik masa terdekat neh. tangkap! tangkap! tangkap!

politik sux lah beb..! giler kotor sesangat skarang neh. fedap, sakit jiwa.. boleh darah tinggi n sakit jantong kalo dok dengar seribu macam cerita pasal politik. baik aku stop.

mari kita senyum walau apa pon terjadi :)

p/s:- genap 5 tahun arwah abah pergi meninggalkan kami.. Al-Fatihah!

hari urusan seri paduka baginda

Posted in Uncategorized on July 29, 2008 by lindosh

cewah.. yo-yo o0o je tajuk entri. bukan lah. kan semalam aku cakap pasal aku coti tu kan. kengkunun ada urusan seri paduka baginda tu lah. tu small matter je. benda remeh yg harus diselesaikan kat Bangunan Tuanku Syed Putra. ekceli aku pong tatau tu kat mana. rupanya dekat jetty penang. dekat ngan LHDN dekat ngan POS dekat ngan padang kota lama bla bla bla.. haruslah aku tau kan. nanti ada lagik org kata aku penang murtad. lenkali coba jgn sebot nama bangunan tu.. konpem lah aku tak hafal :P

yg ada hal nya aku sorang je. tapi peneman aku ramai okek. ada 5 org. haha bagus betol. mak yg sakit lutut pon nak jenjalan gak. lepas settled kami pegi Giant mak nak carik barang dapor. sket punya dekat Giant area seberang tapik nak jugak dia pegi Giant Bayan Lepas. kami ikotan aja. plan nak ke Tesco, BJ kensel. mcm2 palaotak neh mikir. nak window soping katanya. nasib baik mak tengah sakit lutut skang. kalo tidak, kami nak heret gak kehulur kehilir. [kami tu merujuk pada aku ngan sis ina eheh]

barang mahal kan? nampak perbezaan duit blanja barang dapo dulu dan skarang. haih.. tatau dah nak jimat cemana lagik. hidop harus makan weh. tak makan kalo.. kebulur kang. sampai part pilih minyak masak, mak suruh carikkan minyak masak paling murahhh. skali aku bawak n tunjuk yg halus cinonet tu. nak sgt murah kan.. yg paling kecitt la murah mak oi huhuh. skali masak je kan kan.. last2 amik je laa yg sedang2 tu. mengong betol kamu neh lindosh

lepas tu kami gerak ke Sunshine Square. depa soping baju raya n kasot raya. kan? aku tetengok je. sebab aku dah abiskan wang sebelom tu kat Giant.. tetiba ternampak kedai Bangkok2 apetah. aku dah rembat 2 helai baju kat situ. so harus dok dendiam pastu. nanti merana diri sbb tak hengat donia kan.

hari dah gelap sket kami carik tempat utk dinner. tak payah carik ekceli. sebab rasa macam dah tau je tempat wajib.. tempat biasa kalo pegi area situ. mana lagik kalo tak bukan Nazir Kafeteria. pekena Nasi Ayam lah beb. okek kali neh mmg sedap pulek. gud gud gud. dpt plak meja bebetol depan dapur dorang tu. aku nak snap pic pong segan.

sebelom balik tu.. owh fyi mak aku jalan slow2 je sambil pegang lengan aku. pastu cashier kat kedai tu tegur mak aku pasal sakit lutut dia tu. dia cakap dia pon hadap kes yg sama gak. tapik dia ada makan obat farmasi. n dia suggest mak try makan obat tu. keberkesanan tak sure lah kan baru je sehari makan. utk kak RM.. yg tanya pasal sakit lutut tu.. nama obat yg disuggestkan tu Kordel’s Glucosamine 550. mak dah try macam2 obat.. jumpa doktor.. obat farmasi.. pastu berubat tradisonal.. semua tak jalan pon? skang try lah coba obat yg disuggest kan tu plak. mintak2 berhasil.

masa balik dah malam aku tak sure pukul brapa dah. lalu kat jambatan darik Tesco kot dah nampak jalan jammed gilos. tu harus sampai ke tengah jambatan tak gerak2 semua keta.. sangat tensen ok kalo jalan camtu. tunggu lah berejam. boleh jadik sampai 3-4 jam lah terkandas kalo diteruskan. pastu kami ikot laluan lain teros ke jalan ke jeti. nak naik feri lah kunun. skali sampai jeti pon jalan jammed jugek! sangat ciskek! kemana la dorang semua neh nak pegi? hoho soklan hampeh je. cuba imajin.. apa akan jadik kalo feri takda n jambatan pon takda? tetiba depa halimunan lah katakan. haih kesiannn org pulau. jadik tarzan lah hangpa kat pulau kecit tu ahahaha. merepek! semua org dah letih banget. sampai rumah pukul brapa pong aku taktau..

gedix @ karaoke

Posted in Uncategorized on July 29, 2008 by lindosh
weekend hari tu my preng dari Tanjung yakni Pulau sana la ye anak2.. si Zue tetiba cakap nak datang umah aku. pelik la jugek kan. sebab yg aku tau dia tu asyik koje je memanjang. payah beno nak berdating bersama. org keja hotel neh pepaham je la kan. rupanya dia EL. sebab ada jiwa kacau sket. jiwa kacau carik aku kah? huahuahua.. yeah kami serasi bersama kalo bab curhat neh :) kebetulan aku pon jiwa kacau gak. herk..! *top muka*

maka berjumpaan lah kami. dia ajak aku pi makan rojak kat bagan nuh. dekat penang port tu. depan klinik kesihatan tu. rojak tepi jalan makan berdiri tu.. siapa tau sila angkat tangannn..! tatau dok dendiam. hekhek. pastu hari gulap gelita cam nak ujan. harus aku takot. then pusing2 tatau nak kemana teros keluar perkataan “JOM KAROK!” hoyeahhh hoyeah.. we loikeeee :P

aku kalo ketemuk sama aci tu.. haruslah karaoke kan. dah kata jiwa kacau, silalah melalak. skali skala katanya. 2 org pon ok je. jadik jugek koje kami. kami layan karok kat bandar sunway je. plus situ pong cam byk plak cawangan karaoke dok tumbuh. kami pegi Nyanyian atas restoren kassim mustafa. bersih okek tempat karaoke tu. tak lah macam karaoke lain yg mcm2 bau dok ada.. yeah situ besh.. tenang jiwa huhu.

sila tonton aksi kami yg gedix tp sebenonye jiwa kaco hakhikhuk

welkam welkam

neh lagu Zue. bukan haku. jiwang seh

sob sob sudeyy.. hikhik

muka muncong tak boleh blah. feeling lah konon

euuww..!

pishh..!

suka pic neh tp kaburan melanda

gambo senget sebab guna selftimer je lahh. gambo blur kenapa yach? wapucitau ah. i need new camera. uhuks uhuks..

lepas karaoke hari dah malam. lepak mapley la dey. aku pekena nasi goreng sotong. sedap okek. hmmm. sesi curhat bermula dan berakhir. plan nak tgk wayang tapi rasa cam lewat. kami balik hampir pukul 12tgh mlm. tenkiu Zue for da “nasihat” :/

kad jemputan

Posted in Uncategorized on July 28, 2008 by lindosh
akhirnya yg ditunggu sampai jua.. my beshpreng/lesbo cik suehani akan menamatkan zaman bujangnya pertengahan august neh. bachelor party udah kat tioman aritu yach. nggak ada party2 mabok? astaghfirullahalazim! :P . tade lagik lah pasnih ko berhuha kesana sini sukatikkan diri ye. lepas neh kan dah jadik isteri solehah… fuyohhh. tak kusangka cempedak jadik nangka. akhirnya akhirnyaa. dah dapat kad baru aku percaya.

yg besh tu tarikh peristiwa tu la kan. aku bangga kejap. sonok dia tak jadik kawen 8/8/08 tarikh peberet aku ngan dia. ye laa aku sah2 konpem tak dpt kawen tarikh tu.. mana bisa aku kasi kau tarikh tu? nehi nehi. pastu dia pilih tarikh 15/16hb 8 tahun 2008. 16/8? wow whee.. lagik bangga okek. sebab nanti bila kau ingat tarikh persandingan kau ngan laki kau.. kau pasti akan ingat tarikh kejadian aku jugek. dan kau tak boleh lupakan aku sampai bila2. :)

taip panjang pong tak guna. kad dah dapat pastu pegi je la kan. insyaAllah beb.. tadek ape hal aku sampai je Shah Alam tu. kat kad tu dia tulis nama aku & partner. bab neh yg sedih neh okek. aku lone ranger je lah. niat dihati dr dulu.. kalo kau kawin aku nak je hadir majlis kau ngan kekasih hati yg aku chenta.. tapi.. apakan daya hajat tak sampai. btw sape nak jadik partner aku masa majlis kawen tu nanti? huhu

eh nak tengok kad dia? nak tayang gak bleh ke beb? bukti yg ko akan tinggalkan zaman bujang ko ekekeke..

tadaaa..
ok lah peeps.. got to go. ekceli hari neh aku on leave. kenapa? ade lah rahsia. nak kuar kejap pasnih. ada URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.

P/S:- aku blom private kan lagik blog neh. emosi tak stabil je ekceli. tapi aku tetap nak gak email korang. kasi lah yeee. mana tau tetiba je nanti :)

kunci blog

Posted in Uncategorized on July 24, 2008 by lindosh
blog ironicxz.blogspot.com neh akan di private tak lama lagik. mebi sementara. mebi selamanya. mebi didelete teros. hurm.

sesiapa yg still berminat n masih ada hati nak baca blog merapu a.k.a blog syok sendiri kepunyaan Lindosh neh. sila tinggalkan email addrs utk di invite. kasi kat komen box pon ok.. kat merapu box pon ok.. kat ym pon ok. kat email pon ok. email aku lindosh@gmail.com / YM – lindosh.

to silent reader aku yg ramai gilos [cewahh..poyosh kejap] tu pon kalo nak baca lagik pon bleh jugek ye. jgn lupa kasi email. yg dah menyampah, tak suka, benci ngan aku takyah lagik klik url blog neh. blog neh tak sesuai utk kamu. semoga kamu bahagia ngan life kamu.

Life goes on with or without you..

mood larik sudey

Posted in Uncategorized on July 23, 2008 by lindosh

opss.. aku dah lama tak menghapdet blog rupanya. dapat award daily blogger tp efeknya aku bertambah malas dan malas lagik. naik muak nengok pc yg skrin asyik jadik oren neh. tau la oren tu kaler peberet haku. tapi tak bermakna eberiting aku nak kaler oren kan kan..

owh ye.. skang pukul 11.21 mlm ikot jam pc neh lah. ngapain lambat yach? hari neh for da festaim aku OT kat tempat baru neh. hampir 2 bulan yew takde segala OT sebab bangunan tak abis2 renovationnya plus mmg takde keja sangat kecuali jadik cleaner hehe. sengaja arinih aku ngan Wanie mengOTkan diri. Sharul ngan Abg rizal jugek. org lain semua balik awal. after keja kami berempat lepak kat medan selera Astaka pekena Char Kuey Teow. nikmatnya pekena udang.. mekasih abg rizal blanje kami makan.

ekceli nya lagik.. dah seminggu aku kerap balik umah lewat. kekadang sampai umah kul 10 mlm. selalunya lepas keja aku bawak diri amik angin tenangkan jiwa. tak pon pegi window soping sampai letih pastu balik umah letih pastu haruslah teros tido kan.. takyah runsing apa2 pong. tapi biasa lah kan.. saya hanya manusia biasa yg tak boleh larik dari masalah. masalah carik sendirik sebenonya.. hak hak syhh.. :)

owh lately neh sifat pelupa n ke’blur’an aku tahap kritikal. ai dunno wai lah. 25 hour dok blur je. apa org cakap aku nganga je la. tak pikap ape pong otak neh. veri da nyanyok lah n mengong lah. paling ketara waktu keja. bak kata wanie aku tak fokussss! sebot pasal wanie. hoyeah blog aku neh dah kena kantoi ngan kekawan keja aku tuh. sukatik dia je menggugel nama aku kat internet neh. dah baca bukan nak dok diam. bleh bagitau aku plak. aku private satgi aa blog neh. segan lah org yg kenal2 neh dok baca blog yg bosan neh. round da world katanya. heLeh! pastu bila aku cakap nak amik gambo ke apa.. pastu mula arr dia kata “haa nanti masuk dalam blog” sama je kan statement dia macam kaum kerabat sepupu sepapat aku yg dok baca blog neh. haih.. ada jugak kang aku private blog neh btol2.. :P

last but not least.. hauhuaha ada je benda aku nak taip.. dah sekali aku menaip gini lah ye kan. maap ye anak2. ekceli aku tengah tunggu ‘jemputan spesel’ neh. mana ntah. veri da lesbo tiri dah aku neh. kijam btol ah kau weh.. [kau tahu siapa kau.. tak perlu kusebotkan nama huhu] hari2 aku jadik penunggu kat abg posmen. org lain diutamakan aku pulak dipinggirkan. mementang aku jauh kat uganda kah? terasa macam nak demonstrasi mogok kat sini haa. aku eksaited sangat tang tarikhnya nye kot. bukan pada kau ahahaha sori lalink ai gurau je. haih ntahlah. selagi takde bukti aku tamo percaya sama kau. blueks! ye lah ada lah kan. seseorang tu.. giler pegi opis pukul 6.30 pagi utk jahit riben hantaran. tak semenggah btol org tu. siapa ntah dia tu.. siapa makan burger dia terasa dagingnya. lalala!

sejak sehari dua neh asyik dok sebot2 Tambun je. beshnya kalo dapat pegi mandi manda neh. tak dapat air laut, dapat air buatan manusia pong okek je kan. Lost World kat Tambun nuh. mcm besh je. festaim ai pegi ngan kekawan masa awal 2006. baru je bukak so tak banyak pon games ada masa tu. skang musti mcm sunway lagoon. ye ke? saya nak pegiii lagikkk. jom lahhhh wehh *sambil gegedikkan badan* nGee :D

perhati betol2.. posing sama je pic aku ngan Mira & pic aku ngan saLLy.
ketandusan idea nak posing la tu. selain dari menyenget. hohohorlick!

16 julai

Posted in Uncategorized on July 16, 2008 by lindosh

hari neh 16 julai.
hari apa eh?
owh.. my preng besday
hepi besday saLLy!
muge panjang umo & murah rejki
plan nak blanje dia makan tudei..
tapi dia tak balek cni :(
next time mebi.
owh dia tua sebulan je dari aku.
saje je sebot :P


psst.. nak tau tak..
arinih kan 16 julai
genap setahun aku keje kat kampeni tuh.
tak sangka kan
memula nak keje sementara je
tapi tros melekat sampai skang
dah permenant pong..
kuatnya “gam” tu
hikhikhik
depa kenduri buah-buahan
manggis, durian, rambotan
pastu tengahari makan “nasik lena”
sengkak perot

owh nak tau lagik.. utk pertama kalinya
hari neh aku dapat kelepasan
naik lori kampeni
polow abe driver anto barang :P
boss kasi sebab arinih aku tade keja
dia kesian tgk aku boring
hekhek

baru2 neh kekawan opish pegi bercuti.
wanie ke Pulau Redang polow boiprennye trip
kak mas plak ke Pulau Perhentian ngan family
nampaknya depa jugak suka laut cam aku
tak henti2 dok setori pasal keindahan pulau2 nuh
huhuhu gue rindu ketemuk laottt donk!
btw depa kasi sebenir kat aku
tocei tocei.. i loike :)

eh sape dak comei kat gambar bawah neh?
neh yonna.
dia ade kasi award kat org yg rajin hapdet blog.
camne aku leh tergolong dalam list itu?
cam tak layak kan.
sebab aku sangat pemalas nak hapdet.
btw tenkiu so much dik.

pastu ape lagik aku..?
teroskan lah award berantai neh ye dak?
nak kasi sape?
org yg slalu merajinkan diri menghapdet tu..
ramai kan?
aku tau sesangat ramai dalam list aku
tapi aku pilih rambang je okek
berdasarkan latest hapdet kat sidebar tu
yg aku slalu nampak lah hehe


terimah lah ye.. wahai blogger tegar :P

1) kakdik 2) fahmi 3) lily 4) axim 5) ceera 6) peeja 7) mizzamy 8) puterikure2 9) pearl ej 10) diana 11) chacha 12) pocket 13) reen 14) suehani 15) chadachada 16) masy

saje je aku pilih no 16 jugek. lalalala

p/s:- koneksyen cam harem! mmg spoiled mood aku. datang time rajin nak blogging.. bloghop segala tetiba konek da konek wat hal. chow lah yeh

last menet – kuala kangsar?

Posted in Uncategorized on July 14, 2008 by lindosh
IKLAN.. gambo diatas takde kena mengena ngan entri hari neh. gambo tersebut adalah semasa aku EL arituhh.. salah satu sebab aku EL.. anto baby kecit pegi klinik kesihatan.

okek mari mulakan.

owh.. neh cerita hari Ahad. pepagi lagik dapat call dari ayah kak ipar aku dr kuala kangsar nuh. dia tanya dah bertolak ke belom? aku aaaa blur okek. bertolak mende nya neh. pastu aku pass fon kat abg aku. ayah dia ingat kami nak bertolak anto anak dia ngan cucu dia kat kampong nuh. ye lah last week masa depa mai satu family mmg kami habaq nak hantaq minggu neh. owh kelupaan sudey. memasing lupa laa sebab si boboy tuh kena pi berulang ke klinik kesihatan lagik sebab demam kuning tak ilang2. pastu pk punya pk.. ntah apa lah lagik kan

aku tros berlarik2 ngan bawak kekasih gelap pegi serbis. sib baik aku dah wat appointment arituh lagik. patotnya wat serbis ari sabtu tapi kan penang cuti hari gabenor sabtu nye tu. [kalo cuti ari senin kan beshhh!] so gantinya ari ahad dia bukak lah. owh neh 1st serbis utk kekasih gelapku. mileage 1000 lebey sudey okek. aku kan suka wat keje lengah2..

nak soh nengok takuk minyak ke hapa nya tu? ahahah. bukanlah. tu laa yg no2 tu lah. baru 1493 ye mileage. ye lah baru sebulan kan. bukannya jauh merantau pong. pegi keje balik keje. itu jeee.. aku blom bawak gi deting jejauhhh..

pastu pegi ah sebelah hospital seberang jaya nuh. aku mmg konpiden giler babeng tempat serbis mmg kek situ sebab aku kan selalu ulang alik ke ospital. tak pong kalo nak gi carrefour harus lah lalu situ jugek.. pastu masok2 tengok lengang je. pi tanya pakcik gad kat situ. dia kata ari ahad mana bukak utk serbis. utk coci2 ade lah. aku dah huhh! nape lak tadek kan. aku dah siap wat appointment tuu. teros aku call fomfuan dealer nuh. sbb dia yg atorkan segala semua neh. dia soh aku masok kat dalam tu jumpa org kat dalammm tu cakap nak wat serbis. aku pon okek…

baru je rasa nak masok dalam tu aku terpandang signboard segala banner kat atas nuh. kat situ tulis EON! aku cam errr… rasa muka nak tuko merah ke ijau ke biru plak ahaha. siotnyee aku tersalah tempatt! MALUNYEE! mati2 aku ingat situ perodua! apa berangan ntah aku selama neh. ciskek bedebah. buat malu diri sendirik je. tapi masa tu mmg tamo ngaku kalah lagik. aku bukak buku serbis tu nengok alamat. haa baru lah ngaku mmg salah tempat. PERODUA laaa makcik! sejak bila boipren itam ko jadik warga EON plak? tempat serbis tu pon kat jln Jelawat je belakang bandar sunway. sket punya dekat la jugak kan dr umah aku. dari awal aku dok pusing2 kat sunway tadeknya aku terpikir yg perodua ade area situ. bleh susah payah gi pusing kat highway BKE. mmg sengaja jalan2 buang minyak.. huh!

boipren itam kena junjung tinggi2. baguih la noh. abg2 kiut yg proses kamu. macam keta je mainan aku nengok. herk

masa serbis tu org2 sana soh aku lepak layan tibi sambil minom kopi ke hape. alah aku mmg tak berselera ke ape nak minom2. ai dah minom mamam kenyang kek umah seblom2 tu. btw.. mamat2 yg keje kat situ semua kiut2 je aku nengok. kira ok la tu kan. kalo awek2 nak gi serbis kat situ bleh la coci mata. mmg kejap je serbis sebab tadek org sangat. takde la kebas montot2 aku kan.. 1st serbis neh aku kena bayo 182 hengget. hurm nanti seken time 5000 mileage sket je kot kan.

tp kan mmg kena stenbai duit lebih ah utk mentenens boipren itam neh. plus duit petrol lagik. haih kalah mentenens diri aku sendirik. ciskek bukan? takpe la neh semua ade hikmah dan kelebihannya. susah dahulu senang kemudian bak kata pepatah. cewahh ntah ape yg senang apa yg susah pong wapucitau laa :P .. eh pastu kan boraknya borak ngan cashier tu. ade lah di cakap pasal safetylock utk kaum2 boipren aku tu. dia tanya aku dah buat ke blom ke tanak buat. aku cakap lah aku dah buat awal2 arituhh lagik masa baru kuar. dia cakap nape tak buat je kat kedai serbis perodua nuh kena baya 99 hengget je. banding aku yg gi bayo kat cino tu hampir 2 hatos hengget okek. sialan kena katok aku camtuh. yee laa awal2 aritu haruslah risau kalo takdak safety kan kan. takpe la. kira pengalaman mendewasakan aku gitew hohoh

baby kecit or nama sebenarnya Muhammad Hanif Firdaus. nama cam org tua je aku rasa. kehkeh. tp nasib baik ada maksod yg baik kan kan? :) dia dah 2 minggu tau. ambot pong besh je pacak2 cam sepupu dia hakhak

balik umah kak Sal kata mmg nak balik kg. bab baby tu boleh je tranfer ke klinik sana. sama je mana2 pong. sebab utama ibu si baby tu lah. tangan dah kebas2. ye lah dah 2 minggu dia bersalin. dah masa utk berurut dan segala bertungku semua tu. arr aku tatau sangat pasal tu semua heh.. tukang urut pong dah menunggu kat kampong nuh. kat area sini payah sket nak carik tukang urut. pastu semua org bersiap teros gerak ke Kuala Kangsar. mak yg dok sakit lutot pong wajib ikot kesana. jenjalan katanya eheh. ikotkan plan asal kami mmg nak pegi masa weekend macam ari sabtu gitew. so boleh lah bermalam satu malam kat sana tp plan asal tak menjadi. maka bertolak lah kami.. balik hari je. tak sempat nak berjalan or singgah pekan kuala kangsar.

sebelom bersiap2 nak pegi kuala kangsar.. aku hangkat budak neh snap gambo skali. pedulik hape aku ko tido ke ape. kijam la jugek maksu kamu neh. tunggu la besaq sket. terok dia kena buli ngan aku. ke dia yg buli aku nanti? hisk

cadang sebelom balik nak lepak umah my pren si saLLy. dia kan dah menetap kat sana. tp rasa tak sempat sebab dah lewat sangat. nanti lepak umah dia sampai kemalam la pulek kan. lagik pon paginya tu kan aku keja. so kansel lah plan. lenkali je la aku lepak umah baru mu ituk sally. balik tu dari kuala kangsar aku drive.. pastu benti kat bukit merah lepak2 sat. aku soh abg aku ganti bawak pulek. teros dia cakap “haih setakat tu ja mampu?” cehhh. perli pulak. mmg aku tak terdaya lah plus tak brani drive malam kernaaa aku kan rabon. eh bukan tu masalahnya. ekceli aku tak boleh kena silau. kontek lens takde proteksyen silau punya. ada spek baru lah okek. dan lagik satu sebab seblom tu aku kena ekon pastu kena panas kepala aku teros sakit gilosss. aku kan cepat sakit kepala skang neh. penyakit giler babeng. ye lah.. aku skang dah macam2. apa korang tau? heh

si kerempeng. si keding. si kering. ape lagik ha? poyosh gilos pic neh. menyenget tak hengat. tak bleh blah btoi. singgah kat bukit gantang carik tembikai susu potong. peberet yeww!
sblom sampai umah kami singgah depan swimming pool kat seberang jaya belakang masjid tu. bukannya pi berenang la dey.. pi medan selera kat situ. carik makan lah pulek. hari pong sudah malam. harus lah mendinnerkan diri. memula tekak rasa nak makan satey. bleh plak kat situ tak jual satey dah. wahh kempunan neh. tak bleh tahan lapar teros je makan apa yg ada. apakah? makan nasik putih je. mandangkan aku sehari suntuk tak pekena nasik kan. pagi ngan tengahari seblom ke kuala kangsar aku bantai makan bihun singapore mak masak tu. sedap okek. kami order daging merah, tomyam ngan telor dadar je. cukop lah utk makan 3 org. so-so lah makanan dia. serbis ok. laju jugek. tp tetiba aku rasa makanan situ dah naik rege. bukan ke semua harga barang dah naik? terima lah hakikatnya kannn..! owh sebelom balik.. aku order kebab utk mak kat depan medan selera tu. pastu aku order hotdog utk diri sendiri. nak makan waktu bilanya? seblom tido laa jawapannya hakhak..

muka2 letey dan kelaparan bila dapat makan. tak sempat snap pong gambo makanan. sebab melaju je makan kan. so hasilnya cuma pinggan yg licin. sekianG..

apa lagik ye? sudah lah. malas nak taip lagik. padahal dah BERJELA neh huahauha. well. sukatik aku lah nak taip 58 mukasurat pong. takyah aa komplen2. kalo tak suka baca sila pangkah. pish pish kacang pish! :P

melalut time

Posted in Uncategorized on July 12, 2008 by lindosh

aku tak kuar memana pong!
hari sabtu lepak kat umah jo lah
layan tibi sambil layan baby kecit
semalam aku puas tidoq
dari kul 12am sampai 2pm siang tadik ngeh ngeh

tadik lepas layan rancangan Jangan Lupa Lirik tu
tetiba kuar plak cite Jangan Pandang Belakang
huh wtf lah kan..?
memang aku ngelak giler lah nengok cite “tak besh” camtu [ada makna]
malas la nak layan sesorang tengah malam satgi
aku tak bleh tidoq lena plak
harap maklum okek

org umah nak bising2 kat aku tak pedulik
aku bukak tibi tige cerekarama melayu
tajuk hapa ntah
si zizie izzette ngan zali husain berlakon
memula cam besh
tapi pastu nengok jalan citer tu
aku rasa macam tak sukaaaaaaaa nak nengok!
pedulik lah hapa ending citer tu pong kan..
aku tamo tengok
patot lah lagu bekgraund Pada Syurga Diwajahmu
lelaki mmg tak reti bersyukur lah tu
hahaha emo plak
pastu aku tros larik masok bilik lah
ngadap internet pulek
aku tau pc rindukan aku
aku slalu tinggai dia idle berejam
kekadang sampai sehari
memang sangat buang karen. eheks!

award..

owh nak kopipes kat sini.
yg aku dapat award from mai blog preng yg besh..
dia neh yg kasi

sila layan kepala anda

jeng jeng jeng eheheh
Mr S aka 13may daa.. tetiba aku sebot nama S dia coihs haha
dia kasi award tu kat semua kekawan blog dia lah.
yg dok sapot dia dari depan dan belakang sejak dolu dan skang
btw mekasih la preng for da award. terharu aku.
nak tgk award dia? nahh..

supportive blogger award.. wahhh

kalo dapat pegang bebetol kan besh. bleh aku letak kat lemari kekaca tu
cewah hang ingat hang artis ke lindosh? hauhahua
aku letak kat sidebar gak neh weh kerna menghargai.. hoho
ekceli b4 neh rasanya penah gak dapat award cecomei dari rakan bloggers.
tapi gue kelupaan. maafin gue yach
kalo tau ada aku pasti amik n letak kat sini jugek.

setori lelain lagik..

nak ucap hepi besday utk semua kenalan yg lahir bulan Julai neh.

ramai banget. satu2 la kan.
yg smalam baru sambut besday my skendel kawan lama
incik Azrul. klasmet aku masa kek tpm dolu.
asalnya sabah. dok kl bertahun2 pastu larik balik sabah

neh gambo lama dia masa dolu2 bukan gambo yg TERensem laa

aku bleh cite pasal dia skang sebab aku tadek rasa chenta
[bila masa ntah aku berchenta ngan dia??]
tu kan cerita lama. kami tak penah bermusuh pong ahh
skang dia ada kat prenlist fwenster aku
aku tak heran pong sebab
dia dah kurang ensem lah skang
matilaa aku kalo dia baca blog neh huahauha
dolu2 kan..
janggut dia mahal
dolu dia ambot paras bahu mmg ensem la kan.. isk isk
last aku terserempak ngan dia taun 2006 kat klcc
sib baik ada ziLa penyelamat keadaan
aku buat bodo je ngan dia. kerek la kunun lalala

pastu sorang lagik skendel haku.. tadaa..!

owh Arab kus.. idop lagik kah dia skang? kihkih

gambo kecit yg aku dah crop neh
aku crop sbb aku ada sebelah dia..
nampak tak tangan kat blakang kepala dia tu?
aku mencik ahahaha
kat atas neh ex- skend aku masa kat tpm gak.
budak kedah. kekawan panggil dia Arab.
sbb dia ade keturunan arab kot. eLeh..!
tapi ikotkan muka dia mmg suwit n encem la plus ngan janggut dia.
dlm gambo je nampak kureng serlah sbb dia wat muka masam
tapi pedulik ape dah semua tu
dia dah pon berambos dr idop aku skang
hehe citer lama bebbb..
aku dah tak kesah pong. takde efek langsong
skang dengo cite dia dok kat kedah n sudey berambot panjang balek
cam penyangak ade tak? ahaha jahak aku neh
kawan2 aku kata dia dah tak ensem
ahaha tu laa sesapa yg khianati aku
pasti org tu makin lama makin burokkkk ghopenye wakakaka
hish.. tak bayek laa aku neh. dosa tau cakap cenggitu kan kan :P
dah lama tidak ketemuk dia. last taun 2003 tu lahhh
tak jumpa dah pon takpe. hehe
tp aku tetap doakan apa yg besh utk diri dia

semua ex- skendel aku [bukan boipren sebenar]
dorang semua berjanggut tau.
aku mmg gilerkan lelaki yg berjanggut
takde misai pong takpe asalkan berjanggut
baru nampak macho beb
tapi jgn lah sampai bleh dandan janggut tu
kutu masok plak kang
skatik aku lah kan nak suka laki cemana pong
tu kan salah satu taste yg aku mau
walopon tak semestinya aku dapat hihi

lagik satu kan kan..
aku suka kalo laki tu pakai suar pendek je kalo kuar ngan aku.
i mean pakai tishet ngan suar tige suku dua, ampat suku ke tu
pastu pakai sandal je.. kan sempoi je
takyah laa nak menyemat tak tentu pasal kan
sebab haku neh pong jenis selebet dan serabut je pong
rasa segan dan jakun kalo jalan sebelah laki menyemat neh
tp bukannye 24jam pakai suar pendek
gilo ke hapa tu.. kenkadang sudey laa

dolu aku suka laki berambot panjang
tapi kemas n wangi slalu. maksodnya ambot berjaga la kan
haih neh taste aku masa 5 tahun sudey neh
tak hapdet2 ke aku neh?
laki ambot pendek pong aku suke laa
alaa ekceli aku tak kesah laa cemana pong
ensem ke tak ensem.. bukan jadik ukuran semua tu okek


ciri2 tersebot takde kena mengena antara idop dan mati
tetiba aku bercakap pasal jejaka idaman
tak sesuwei okek
aku cuma nak merapu dimalam neh.
aku saje je lah citer2 camneh
takde kene mengena ngan sesapa or citer apa2
kalo ada aku setori la kat blog kan kan
tanak baca sila abaikan

citer last dimalam minggu

aku cilok gambo dia kat fwenster. mintak2 la dia taktau.
kalo tau.. kuar laa sumpah seranah dia hakhak

mai preng.. Alang si mato sepet neh hilang wallet.
kat 7e katanya. kesian kesian.
pastu citernya nak pegi wat mykad kena sampai 2 hatos.
sebab dia ilang kali kedua. ye kee?
perghh makan duit btol depa tu. aku neh haa dah 2 kali ilang.
risau ah kalo ilang kali ketiga 3 hatos plak ke kena bayar denda tu?
kalo org tak berduit takyah bermykad lah cenggini.
aku kene tukau gak ic neh..
sbb dah burok la yg lama neh.
tapi takleh skang.. sbb muka haku mmg tengah huduh giler skang
plus muka itam jerawat sana sinun cam bulan
biar je la dulu kan. stay ngan ic lama yg berwajah ayu bertudung litup tu
hohohohoolickk!

Peace semua :D

lemah dan lembik

Posted in Uncategorized on July 10, 2008 by lindosh

lehai.. aku TERlelap tido sampai pukul 1 am
pastu TERbangun pepagi buta neh
letih.. lembik. ntah lah
skang neh pantang letak kepala
terosss je sampai ke buLan!
hakhakhak
aku lemah zahir dan batin ehehe
korang tau tak apa2 obat yg bleh kuatkan tenaga?
selain dari tongkat ali.. kacip fatimah.. bla bla bla

hari2 aku pekena neskepe. mcm wajib gituk
nafsu makan cam kuat tp bila time makan hancus.
apa lagik neh ye?
aku perlukan vitamin kah?

.::gambo perhiasan yg takde kena mengena ngan entri.. :P ::.

owh sori mori to all preng kat blogland neh.
aku online2 kejap n baca blog kejap
sesape yg hapdet kat sidebar tu aku musti klik
tapi semuanya sepintas lalu je
tak sempat nak mengomen abis.
aku senang jadi silent reader pulek skang neh
sebab tak sempat nak “hayati” cite2 korang
nak hapdet kat blog sendiri pong asyik tertangguh
cerita punya banyak
tapi cam skang lah kan..
aku online pong kepala aku still biol dok blur manjang
so kepala dan badan mintak dibaringkan semula
saya mau berehat dulu. hehe

daaa..!