hari khamis hujan turun punya lah lebat. seakan memahami jugak hatiku cuaca neh! eheh. tapi besh jugak sebab dah lama sangat kemarau kat kwsn utara neh. cuma satu je bila hujan cukop lah malas nak bangun pagi pegi keje. kalo boleh nak tido je.
kemarin aku keje half day. sebab kepala aku sangat sakit plus selesema yang melampau. bersin tak henti2. aku rimas giler bila keadaan camtu. keranaaaa aku neh sangat lah susah nak jatuh sakit okek!
malam tu pulak pegi kuar makan ngan family. tak sihat pong teros jadik sihat sebab nak pegi makan. org belanja plak tu hohoho. mulanya kami plan nak makan satay. dari arituh lagik memasing dok kempunan nak satay. hujan lak lebat gegiler malam tadi. pastu wat keputusan tapau je satay kat Key’s pastu larik ke Carrefour makan kat sana. tapi suasana makan satay kat kedai tu sendiri ngan tapau makan ke tempat lain mmg la tak besh ye takk? bihtu nak wat camne lagik dah hujan lebat. kedai Key’s tu dah la tempat terbuka. tempat berbumbung pong kicik je.
kat Carrefour kami order makanan lain gak. Sizzling Hot Plate peberet aku yg sedap tu dah takde. kedai tu dah tutup. rasanya baru brapa bulan lepas aku makan kat situ. kiciwa btol aku. pastu gi gerai hujung skali ushar2 makanan ala2 claypot tu arr gak. aku try amik Claypot Yee Mee.. aku tatau nama penoh dia arr.. bajet mmg sedap la kot. tapik huwarghh tak besh tau. sebab dia cepat kembang! terasa macam makan maggi kembang tu. owh ini bukan selera ku. aku dah tau aku kureng sket ngan makanan jenis sup ala2 megi kembang neh. tekak aku mual. tapi saje je gatai nak merasa. konon2 pengobat selesema la.. ciskek btol. dan aku mmg makan tak abis pong. susah la nak tgk aku makan tak abis. tapi nak wat cane nasib tak menyebelahi.. uhuks
hari neh aku gagahkan jugak diri pegi keje. aku ngelak dari MC n AL. nape ye? sukatik aku lah ahaha. hujan lebat gak pagi2. pegi keje pakai selipar je tergedek2 ngan payong pepel aku tu. dah la lambat. bila dah lambat camtu aku sengaja jalan lagik lambat. sampai2 nengok opis masih tertutup. boss ngan wanie baru sampai. owh boss dah masok ikot pintu kecik n dia dah punchkan untuk semua staff. bagus kan boss aku neh? padahal tatau adekah semua staff datang keje aritu? owh ye mmg ramai bercuti hari neh.
aku wat keje cam biasa. tapi siyes kepala aku mengong pasal sakit yg sikit tu. wat keje tak btol. bila bercakap ngan dorang.. dorang kata aku nangis. sebab suara aku dah sengau rasanya. plus hingus dok meleleh heheh. pastu mata aku berair n merah sbb rasa panas sgt kot. letih keluar masok toilet! arghh
owh ye.. tempat bekpes kami sudah bertukar. kalo sebelum neh kedai mamak Hidayah sebelah opis je.. skang neh kami jalan jauh sket ke Restoran Kassim Mustafa. cawangan yg keberapa ntah neh.. baru je bukak bape bulan lepas. kat situ besh sebab kedai dia kaler hijau! hahaha.. ekceli kat situ byk pilihan. byk menu yg jarang aku makan ada kat situ. tapi ofkos la makanan india dorang tu lala..
petang balik keje aku dah setat batuk2. adekah ini petanda aku akan sakit lagik dan lagik? sakit tekak yang amat sebab asyik batuk je. aku biarkan je. malas nak layan.. nanti jadik mengada2 plak. tadi pulak lepas dinner aku rasa gigi aku pulak dok berdenyut2. huwaa mencik okek! gigi bawah aku semua neh rasa berdenyut dan rasa samting yg aku tatau nak cakap. aku rasa gigi2 aku ‘eksiden’ melampau2 dah neh. dia dah brani ‘lari2′ skang neh. saje je nak kasi senyuman aku tak comei! iskk
terbubuh kejap status cakit ngade2 tu semua kat YM. pastu ade plak kawan2 yg prihatin. Anasz teros call aku. aku tak jawap pon. sampai 4 missed call aku gagahkan gak jawap. terok gak kene bebel ngan mamat tu. no. 1 sebab aku tak jawap call dia.. no. 2 sebab aku tak makan obat n pegi klinik tapi bising2 cakap sakit. hikhik. mekasih amik berat tentang saya. sayang anasz!
esok aku cuti lusa aku cuti. nak cerita apa lagik? cerita mmg banyak. tapi semuanya hanya meROSAKkan blog aku yg comei neh je. hurm tengoklah camne nanti. akan kupikirkan. baik aku gi rest. daa







































