hari sabtu aku tengok wayang ngan sally. wayang free sempena pembukaan GSC kat sunway carnival mall. tapi filem2 yg dah lama keluar. tak kesah la kan.. bantai je janji free! pukul 12 tengahari kami tengok cerita ‘impak maksima’.. bosan macam cite ‘rempit’. yg besh part drift je! then pukul 3 petang kami sambung tengok cerita ‘next’. dalam panggung tu penuh olang2 cina.. melayu? err kami 2 org je kot?
ingatkan nak sambong lagik sampai waktu berbuka.. tapi kensel sebab letih. pastu jalan2 nak soping. masuk kedai kasut.. ade sale giler2 sampai 50%! try punya try.. bila mintak saiz.. promoter tu geleng2 kepala. maknanya saiz aku mmg takda. rupanya saiz yg tinggal utk kasut yg dah murah tu hanya ada saiz 8 – 9! punyalah kiciwanya aku.. memang takda rezeki aku. sally dapat la sambar sepasang kasut sebab ada saiz dia. saiz 5 sangat pemes sebab tu habis cepat. sama gak keadaan bila aku carik seluar jeans. saiz 26-27 dulu yg cepat habis. pastu kalo carik baju kurung siap pong masalah gak aku neh.. aku hanya ngam ngan saiz XS. kalo pakai S still gelebeh.. masalahnya bukan senang nak dapat! kalo macam neh keadaannya.. aku nak gemok laa!
berbuka puasa kat umah. mak masak nasi minyak ngan ayam merah. dessertnya nata de coco peberet aku. malam minggu neh hanya lepak kat umah dan berborak ngan jujanik sampai aku sakit kepala. terover sangat curhat sampai jadi gituk. aku takleh pikir lelebih nanti mata dan kepala aku ‘bengkak’.
pagi ahad hujan je. memang besh kalo tido. tapi sangat malang sebab aku tak boleh tido. badan letih tapi mata tak nak lelap. dan sepatutnya aku plan nak tengok wayang lagik tapi ngan nurul plak. tiket banyak lagik.. wayang free tu sampai hari selasa neh. tapi aku sakit kepala sesangat so terpaksa kensel. kesian nurul tunggu aku last2 tak jadik.. sori!
tengahari tu aku berdoa supaya aku boleh tido lena dan akhirnya aku berjaya tido sampai pukul 7 petang. hamik obat! bangun tido wangikan diri pastu bukak puasa. senangnya hidop kan? adeh.. menu berbuka puasa pada hari ahad ialah makaroni sup, maggi goreng pedas ngan puding. nasi? sahur esok je lah.. tadik continue sesi curhat ngan jujanik.. emo betol dedua pompuan neh. tapi buat masa neh hanya dia lah tempat ngadu aku yg da besh. dia memahami aku dan aku memahami dia. mebi sebab dedua pompuan.. yeah!
owh lagik satu.. maafin gue yach.. kalo ada yang sakit telinga dengar lagu raya yang telah berkumandang kat blog neh. ada 28 lagu raya peberet aku. tetiba rasa mood raya tu dah datang. lagik pon raya lagik 2 minggu je kan? rasanya tak salah kot kalo aku dengar awal camneh? erks.. :/












